tuntutan & ganjaran di 10 Muharram (Hari Asyura) ~ esok 6/12/2011~ insyaAllah…

Alhamdulillah..

 

saya baru je tahu tentang hal tersebut (tuntutan & ganjaran di Hari Asyura) ni semasa cari image berkaitan.. so, nak share sama its content dengan u all… ..

 

( c&p)  Ω credits to FaizahJamaluddin’s blog ©!!  maaf daku! huhu..

TUNTUTAN & GANJARAN AMALAN pada HARI ASYURA:

a) Mandi sunat Asyura –

Tidak mengalami sakit berat pada tahun itu, sekiranya mandi awal hari dengan berniat:

b) Memakai celak –

Tidak sakit mata pada tahun berkenaan.

 

 

c) Memelihara kehormatan diri –

Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

 

 

d) Menahan marah –

Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang diredhai-Nya.

 

 

e) Membaca surah Al-Ikhlas 1,000 kali –

Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmat pada hari akhirat nanti.

 

 

f) Solat sunat hari ASYURA 4 raka’at –

Allah akan mengampunkan dosa yang dilakukannya dalam jangka masa 50 tahun.

 

 

g) Membaca  “Hasbiallah-hu wa nik mal wakila nikmal maula wa nikman nasiru”

Tidak dimatikan pada tahun ini.

 

 

h) BERPUASA-

Allah menghapuskan dosa kecil setahun lalu atau dosa besarnya diringankan dan darjatnya akan ditingkatkan; serta diberi pahala 10 000 malaikat, 10 000 kali haji dan umrah, 10 000 kali syahid dan diharamkan daripada neraka.

 

 

i) Menjamu orang berbuka puasa –

Diberi pahala seperti memberi orang Islam lain berbuka puasa sehingga mengenyangkan perut mereka.

 

j) Bersedekah –

Allah akan menjauhkannya daripada neraka sejauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati dan diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

 

k) Melapangkan masa dan berbelanja untuk anak dan isteri –

Allah akan memperbanyakkan pemberian, meluaskan rezekinya untuk sepanjang tahun dan melapangkan hidupnya pada tahun berkenaan.

 

 

l) Mengusap kepala anak yatim –

Allah menaikkan satu darjat dan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi setiap rambut yang disapunya.

 

 

m) memuliakan fakir miskin-

Allah akan melapangkan dirinya ketika di dalam kubur.

 

n) Menunjukkan orang sesat –

Allah akan memenuhkan cahaya dalam hatinya.

 

 

SELAMAT BERAMAL~

Published by p2sttjspm80

: menjejaki kenalan lama @ sttj ~ p2sttj...where it all begins.... ( if u really care, u'll write n say!! ) smile...

4 thoughts on “tuntutan & ganjaran di 10 Muharram (Hari Asyura) ~ esok 6/12/2011~ insyaAllah…

    1. YES, betul!
      .. tp malangnya agak kesibukan pada masa tu n lama x on9 jugak sbb TM…
      …hee….

      btw, mkasih @ peringatan tsbt! nsyaAllah, llapang nnt bole cari info bkenaan..

      Like

Leave a comment