ingin tahu tentang puasa sunat asyura Muharram?

seandai diberi pilihan:

antara ilmu & amal –

dahulukan ilmu supaya tahu duduknya amal

sekira dibanjir puji & cela mencaci _

kajiselidiklah hati2 supaya tidak memakan diri

akal memenangi pilihan dengan hidayah ilmu kurniaan,

nafsu tertewas

kerana kebijaksanaan ikhlas menyaring amalan..

LAA HAWLAWA LAA QUWWATA ILLA

BILLAA HIL A’LI YIL A’ZIM

tiada daya kekuatan selain

dgn. kuasa Allah Yg Maha Tinggi lagi Maha Agung!

semoga kita diiziniNya untuk menambah amal

berdasar ilmu dan peningkatan iman…

nsyaAllah…

ameen…

HPP FASTING, ALL…

smile..

BERKAITAN PUASA SUNAT MUHARRAM / HARI ASYURA-

Para ulama telah bersepakat bahawa puasa Asyura dan Tasu`a adalah puasa sunat.

Puasa Asyura adalah puasa pada 10 Muharam, manakala

puasa Tasu`a pula adalah pada 9 Muharam.

1. Allah menghitung (ganjaran pahala puasa tersebut) dengan dibersihkan dosa (orang yang berpuasa pada hari tersebut) selama setahun sebelumnya.

[Diriwayatkan oleh Muslim]

2. Hari ini adalah hari Asyura, tidak diwajibkan kepada kamu semua untuk berpuasa, maka siapa yang mahu maka berpuasalah, siapa yang mahu (tidak berpuasa) maka tidak berpuasalah.

[Diriwayatkan oleh Al-Bukhari]

FAKTA:

Sesungguhnya puasa Hari Asyura pernah diwajibkan pada permulaan Islam, kemudian hukum tersebut telah dimansuhkan dengan kewajipan Puasa Ramadhan. Nabi saw memberi pilihan kepada umat islam untuk berpuasa pada hari tersebut.

KELEBIHAN PUASA ASYURA:

# Sepertimana yang telah disebutkan dalam hadis di atas, puasa Hari Asyura dapat menghapuskan dosa-dosa kecil setahun yang lalu.

Imam ad-Dasuqi berkata: Seandainya dosa-dosa kecil itu tidak ada, maka ia digantikan dengan penghapusan dosa-dosa besar pula selama setahun.. sekiranya dosa-dosa besar pun tidak ada, maka darjatnya (disisi Allah) akan diangkat.

# GALAKAN PUASA 9 MUHARAM:

Para ulama Hanafiah telah menyatakan kemakruhan berpuasa hari Asyura tanpa berpuasa pada hari sebelumnya (Hari Tasu`a) atau selepasnya.

Mazhab Hanafi dan Maliki pula tidak memakruhkan puasa tunggal sedemikian.

Sebahagian ulama yang menggalakkan puasa hari ke 9 bulan Muharam berdasarkan hujah berikut:

1- Bagi membezakan ibadah umat Islam dan orang Yahudi.

Rasulullah saw. pernah bersabda:

Berpuasalah pada hari Asyura, dan berbezalah dengan orang Yahudi dengan berpuasa sebelumnya selama sehari, atau selepasnya selama sehari.

[Diriwayatkan oleh Ahmad]

2- Untuk menyambung puasa hari Asyura dengan ibadah puasa juga, sepertimana tegahan berpuasa tunggal hari Jumaat.

3- Berjaga-jaga dengan kesalahan hari. Boleh jadi hari kesembilan tersebut adalah hari kesepuluh, jika berlaku kesalahan dalam mengira anak bulan.

Ulama dalam Mazhab Syafiie dan Hanafi pula menggalakkan puasa pada hari ke 11 Muharam sekiranya tidak sempat berpuasa pada hari ke 9.

Bahkan, Asy-Syarbini menyatakan bahawa: Terdapat bukti dari Imam Asy-Syafiie yang menyatakan galakan berpuasa selama tiga hari (9, 10, 11 Muharam) di dalam kitab al-Uum dan al-Imla`.

RUJUKAN:

Al-Mausu`ah Al-Fiqhiyyah, Kementerian Waqaf dan Hal-Ehwal IslamKuwait, Jilid 29, ms 89-90, Kuwait, 1993.

Syihabudin Ahmad MY,

Mas`ul Halaqah Maya

c,e & p:

http://www.halaqahmaya.com/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=228%3Apuasa-asyura-dan-tasua&catid=45%3Aibadah&Itemid=103

catatan Lillah : Malaysia -> 9 & 10 Muharam bersamaan 5 & 6 Disember, 2011

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s