Nota belum bernoktah!

Nota belum bernoktah yang tercatat di sini,

Adalah irama hati yang bersenandung lagi

Mencari nilai diri di mata sendiri, 

Menunduk malu pada Pemilik Abadi!

Image result for astaghfirullah

Teraba di kepekatan malam x berbintang,

Kelabu pada siang hari yang kekalutan…

Amat malang dikau diri yang tidak sedar diri,

Sedang cctv ajal terus mengekori tanpa henti!

Image result for astaghfirullah

Wahai Pemilik Buana segala segi,

Sungguh Engkau Maha Penyantun lagi Maha Mengerti…

dhaif kerdilku memohon ampun

di atas serba-serbiku yang sentiasa celanya bertimbun…

..naudzubillahi..


Janganlah aku Engkau tinggalkan @ janganlah Engkau aku tinggalkan

Hanya Engkau yang aku ada, tanpaMu tidak bermakna!

Jagalah aku

Jagalah kami…

Engkaulah sinar  hidup di sini,

Harapan kami di sana nanti

ampuni & ridhalah kami,

dagang yang selalu alfa diri..

biar jelas telah KAU ingati..

Ampuni aku, Ya Rabbi

Kasihi & kasihanilah diri yang tidak milik apa2

Selain bertumpu pada Mu, jua!

Aameen…

sepertiga malam…

lewat di sepertiga malam,

bangkitlah…

bersiaplah…

manfaatkanlah…

selagi ruang n peluang masih ada

denyut nadi masih berdetik

nafas belum terhenti..!!

latihi diri,

sujud pada illahi

syukur pada sang pemberi

mohon maghfirah bersungguh di hati

di sunyi dinihari…

ayuh2lah diri…

kita sedari & rebuti…

ameeen……

‘permudahkanlah niat visi kami!! irhamna ya rabb……’