tersendu bila terkenangkanmu…

tersendu bila terkenangkanmu…

 berselawatlah selalu agar tenang kalbu...

seringkalinya aku lupa,

betapa banyak nikmatNya yang tidak terhitung telah dikurnia

tapi masih lagi aku alpha mengucap syukur tanda terimakasih,

sedang ramai lagi di belakangku menata tangis, mendupang doa

menghitung duka, menitip lara…

mengharap belas ihsanMu, Ya Rabb..

Hinanya aku;

bila tidak menyukai rezeki pemberianMU,

aku teringat pada Baginda Muhammad ﷺ

yang pernah meletakkan batu pada keliling perutnya untuk menahan lapar..

tidak bersyukurnya aku:

bila merasakan pakaian ku cuma sedikit,

aku teringat pada Baginda Muhammad ﷺ

yang punya cuma dua helai baju seumur hidupnya;

bila aku merasa tidak selesa akan tempat pembaringan ku,

aku teringat pada Baginda Muhammad ﷺ

yang tidur berlapikkan pelepah kurma dan dibaluti kain kasar dalam hidupnya!

Kedekutnya aku;

dengan milik (MU) untuk memberi dan berbahagi bersama yang lain ..

aku teringat pada Baginda Muhammad ﷺ

yang pernah memberi segala-galanya sehingga dia hampir tiada apa-apa untuk dirinya

Kerdilnya aku,

bila merasakan betapa miskinnya hidupku,

aku teringat pada Baginda Muhammad ﷺ

yang begitu cinta pada orang miskin  dan ingin bersama si miskin di syurga

( menaikkan semangatku! )

Dhoifnya, aku

bila kecewa pada mereka yang banyak menyakiti dan membenciku,

aku teringat pada Baginda Muhammad ﷺ 

yang sentiasa memaafkan sesiapa sahaja yang berbuat jahat padanya dan tetap mendoakan orang-orang yang telah menghinanya dengan kebaikan…

Malunya aku:

jika mengharap balasan, pujian & penghargaan di atas kebaikan yang telah diperbuat,

sedang aku tahu,

punahnya amalan kerana riak dan tidak ikhlas

sedang Engkau Amat Menyaksi lagi Maha Menilai??

aku teringat pd Baginda Muhammad ﷺ 

yang mengingatkan aku bahawa ganjaran yang hebat hanya ridha dariMu, Ya Allah!!

SUBHANALLAH!!

Hebat sungguh  Engkau, Ya Rasulullah saw.

yang sanggup bergadai nyawa demi Islam dan umatmu…

bila tiada siapa menyayangi aku,

aku teringat pada Baginda Muhammad ﷺ

yang mencintaiku semenjak beribu tahun dahulu ..

Ya Rasul Allah, Muhammad ﷺ

tersendu aku dalam rindu bila terkenangkanmu...

yang telah sanggup menggalas duka nestapa perjuangan

demi nikmat iman dan Islam  buat ummatnya tercinta ~

(dan, itu yang menguatkan aku !!)

.
Assalamualaika ya Rasulullah 

Assalamualaika ya Habiballah
.

Selawat dan salam ke atas Baginda ﷺ  junjungan besar , contoh terbaik sepanjang zaman. Terima kasih,Ya Rasulullah ﷺ  untuk nikmat iman dan Islamnya kami. Syafaatkanlah kami di akhirat nanti kerinduan yang takkan pernah padam selamanya pada mu, Ya Habiballah ﷺ

اللهم صل على محمد وآل محمد

jom kita berselawat @ Rasulullah saw.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s