:: SUPIR kali ini ::

Supir kali ini adalah sekadar nota perjalanan yang melewati kenangan dalam kelainannya..

Alhamdulillah.. terpanggil mencatat sesuatu di sini tentang Pak Supir Blue Bird yang sempat dikenali sepanjang perjalanan pulang dari JIBF’15 @ Istora Gelora Bung Karno, Senayan ke Bandara CGK. Pak Supir ini fasih Englishnya dan tidak canggung jugak berbahasa Indonesia!

biasanya, supir-supir yang pernah dikenali adalah paman-paman yang lewat 50an selanjutnya.. ada kalanya, seperti Melayu tetapi bila ditanya kekadang tu bukan Islam tetapi penganut roman Katholik, dsb. Namun, tetap ada yang Islam juga!

ūüôā

istimewanya Pak Supir ini yang asalnya beragama Kristian tetapi telah berhijrah sejak umurnya 31 tahun sekitar tahun 2005 (jika x tersilap fakta}. Bekas graduan universitas di bidang Manajmen. Isterinya yang berbangsa Sunda adalah bekas graduan pasentren yang banyak membantunya setelah menganut Islam dengan nama Ahmad Khairuddin Alexander..  mempunyai 2 putera lelaki 10-12 tahun.

bersama kak Ngah yang menjurusi Kulinari, kami bertukar-tukar cerita tentang favorit Pak Supir kali ini tentang Indonesian Dishes yang digemarinya, ternyata masakan Sunda yang dietnya seimbang kerana mengandungi sayuran/ ulaman; ikan/ayam / daging  secara bakar/ kukusan menjadi pilihan famili.. selainnya, masakan rendang adalah menu perayaan yang amat disukai!  hehe.. same as mine.. terlioq aje mase teringat bab rendang ni (otw).. haha..

apa yang menyentuh hati saya tentang ¬†Pak Supir pilihan kali ini adalah pengakuannya tentang keislaman yang hampir sepuluh tahun sekarang.. ditanya tentang asalnya beliau tergerak untuk memeluk Islam rasanya bermaklumatkan dari isteri tercinta beliau yang kuat latarbelakangnya di bidang agama ( lepasan pasentren).. dan yang terlebih mengagumkan adalah kesungguhan beliau sekeluarga (berserta isteri dan 2 anak lelaki) mengikuti kuliah pengajian mendalami Islam hampir di setiap hujung minggu di hujung kota yang hampir sejam lebih perjalanan perginya itu.. Masya Allah.. semoga Allah memberkati niat & kesungguhan mereka sekeluarga mencari ilmu dan dipermudahkanNya… subhanAllah!!

menurut beliau alangkah baiknya seandainya dari mula lahir lagi beliau dapat merasakan kenikmatan Islam yang telah memberi ruang baru dan ketenangan yang sukar digambar dengan menganut Islam.. amat berbeda pengisian hidupnya sebelum ini terasa kosong tanpa Islam…

bagaimana kita yang memang aslinya Islam dan dilahirkan oleh keluarga Islam?

bersyukur sangat  dapat mengenali  saudara baru, Pak Supir kali ini kerana nadanya berbeda pabila Islam adalah pilihan hidup!

Alhamdulillah, Supir kali ini adalah seorang Islam yang inginkan Islam selamanya! Semoga sukses dan dirahmati Allah hidupnya.. aameen..

Image result for supir bluebird

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s