12 Februari, 2015 : Jemputan2 Allah! Masya Allah!

Innalillahi wainna ilaihi raji’un..

Allahummaghfirlahu warhamhu wa ‘afihi wa’fu ‘anhu wa akrim nuzulahu wa wassi’ madkhalahu, waj’ali al-jannata maswahu.

Berita Harian Online melaporkan tentang pemergian Datuk Hasbullah Awang, 63 tahun – meninggal ketika dalam rawatan di IJNKL pada jam 12.20 tengahari tadi akibat komplikasi jantung.

Beliau yang dirawat di IJN sejak 4 Februari lalu adalah seorang pengulas sukan terkenal di Malaysia. Beliau berkhidmat dengan saluran Astro Arena sejak Januari 2014 setelah berhenti berkhidmat sebagai pengulas sukan di Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan empat orang cahayamata.

Seorang anak saudara Allahyarham ketika ditemui di IJN berkata, bapa saudarannya itu merupakan seorang penyayang dan periang.

“Suara beliau mengulas sukan akan sentiasa dirindu dan kehilangannya amat dirasai seisi keluarga,”.

Jenazahnya akan dikebumikan di Seksyen 32, Jalan Kebun, Shah Alam.

Semoga Allah melimpahkan ampunan, rahmat, kasih-sayang dan ridhaNya ke atas Allahyarham Datuk Hasbullah Awang…

aameen….

Belasungkawa Datuk Hasbullah Awang ( 1052 – 2015 ) boleh diikuti di sini..

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s