IQRA’_ NUZUL al_QURAN

Kisah Perang Badar Al-Kubra (terjadi pada 17 Ramadhan tahun ke 2 Hijrah, ketika umat Islam pertama kali melaksanakan puasa Ramadhan) amat sinonim dengan peristiwa Nuzul al-Quran yang diraikan di negara kita. Kini, tarikh 17 Ramadhan tergolong sebagai cuti umum di Malaysia mengambilkira kepentingan Islam sebagai agama rasmi di negara ini.

Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadhan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW; merupakan salah-satu tarikh penting dalam Islam. Mengikut sejarawan dan pengkaji hadith, hal tersebut berlaku 13 tahun sebelum penghijrahan Rasulullah saw. ke Madinah atau bersamaan 6 Ogos, 610Masihi.

Bagaimanapun, menurut pendapat yang lebih tepat , dikatakan Nuzul al_Quran berlaku pada 24 Ramadhan = 13 Ogos, 610Masihi berdasarkan surah al-Qadr dan ad-Dukhan. wallahu’alam..

Al-Quran sebagai sinar kebenaran, simbol ketenangan dan penawar kepada segala penyakit adalah mukjizat terakhir yang terpelihara sehingga ke hari qiamat nanti, dijamin Allah petunjuk ke jalan lurusNya selama tidak ditinggalkan intipati dan beriman penuh kepadanya.

Firman Allah:

 (Al-An’am:38)

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan).

al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

(al-Qadar:1-5)

IQRA’ adalah awalan ayat al-Quran yang pertama diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail di Gua Hira’ daripada surah Al-‘Alaq yang menegaskan suruhan membaca sebagai satu kaedah utama meraih ilmu pengetahuan yang sangat berkesan.

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5) 

Kupasan lanjut mengenai Nuzul al_Quran di sini.

 

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s