Surau Al-Ansar, Lorong Kiri 5, Keramat Jaya, KL

adakah masjid di hatiku?

adakah masjid di hatiku?

cadangan untuk ke EBI’14 di Putrajaya petang semalam tidak kesampaian ~ innalillahi…sebaliknya kami menukar hala ke Kay Ell pula menjelang senjanya! Alhamdulillah, sempat berjemaah solat maghrib di Surau Al-Ansar, di Lorong Kiri 5, Keramat Jaya akhirnya. just on time!

ada perkara menarik tentang Surau Al- Ansar ini yang hendak dikongsi. Surau yang bersederhana besar ini memikat saya untuk ke sana lagi sekiranya diizinkanNya.. nak tahu kenapa? hee.. tanyalah..!? haha

awalnya, saya terasa janggal untuk masuk ke dalam surau itu bila kelihatan hanya beberapa muslimin sahaja di dalamnya, dan semakin bertambah tatkala azan berkumandang di sana! setelah kelihatan seorang makcik mula masuk dari bahagian belakang surau itu, saya memberanikan hati mengikutinya..

Alhamdulillah, saya berpuas-hati kerana ruangan dalam untuk muslimat; terutamanya ruang untuk berwudhu ‘terlindung’ dan melegakan kerana ianya bersambungan dengan ruang solat muslimah yang juga private untuk changing room/telekung! Telekung/  peralatan solat kelihatan tersusun, bersih dan menyenangkan! Alhamdulillah..

agak bertingkat sedikit ruangan ke changing telekung tu tetapi selesa seolah berada di bendul rumah yang boleh menjuntaikan kaki semacam sedang bersantai..hee..

saya terpana, usai solat maghrib bersama; di dindingnya baru terpandang tulisan bermaksud semacam ” adakah (damai) masjid di hati?”... memang.., maksud mendalam, tapi saya terlupa memfotonya & tidak menghafalnya kerana maksudnya telah saya kira pahaminya.. insyaAllah.. saya ingin mencatatnya jika berkesempatan ke situ lagi..

hee.., maaflah catatan ini sekadar nota personal saya kerana jarang saya lihat masjid/ surau yang menjaga privasi kaum hawa ketika di rumahNya! senibina ataupun struktur sesetengah surau/masjid kadangkala membelakangkan keselesaan aurat muslimat yang patut dijaga sewaktu hendak berwudhu; yang adakalanya memalukan mereka yang terpaksa melalui ruang ke tandas @ pintu masuk ke surau muslimat yang sama laluan dengan lelaki seperti pengalaman lalu di R&R Guthrtie! bagi saya, suasana sebegini amat menjengkelkan dan diharapkan keprihatinan semua membetulkan struktur agar keselesaan beramal dalam perjalanan mendapat barakahNya.. aameen..

syabas untuk warga Keramat umumnya, dan buat pihak pentadbiran/ pengurusan Surau Al-Ansar khasnya, juga istimewa buat jemaahnya sekelian!

kalian TERPILIH!

adakah Masjid di hatiku?

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s