PU malam semalam (29/12/2013)

saya hanyalah penonton berkala,

sekali-sekala

tapi,

Saya akui rancangan PU semalam sangat menarik hati dan bagai magnet tarikan yang menahan diri ke mana-mana, walau menurut anak saya; ianya hanyalah ulangan siaran sebelumnya.. (oraitlah gak sempat nengok, ye dak? )

😀

Bagi saya, sorotan/kupasan kisah2 yang dibangkitkan oleh semua peserta sangat memuaskan hati dan agak jelas mesej yang ingin disampaikan. Meski ada seorang PU yang tersingkir tapi saya percaya itu hanyalah teknik episod yang direncanakan, walau sebenarnya beliau tidak patut terkeluar. Beliau telah berjaya menyampaikan mesej sebagai PU dengan cemerlang dengan kesediaannya berkhidmat’ sebagai mayat dalam episod amali jenazah dari awal hingga dimasukkan ke liang lahad! Komen dan mesej dakwah telah dicerminkan dengan baik oleh beliau juga apabila menerima keputusan penyingkiran’ nya dengan tenang dan berlapang dada serta komen membinanya sebagai PencetusUmmah (PU).. Salam hormat saya buat beliau..

Sebenarnya,

episod (ulangan?) PU semalam sangat mantap dan penuh pengisian dan semua peserta PU telah berjaya menyampaikan mesej tugasan mereka dengan mantap di media alternatif ‘berdakwah’ mengikut kaedah semasa yang tetap menguis emosi dan menambat hati! Tahniah buat semua yang terlibat termasuk juga pihak penganjur/penaja, peserta, juru penilai/murabbi, hos pengacara, media jemputan, dan termasuklah para penonton..

Tahniah dan syabas!

semoga akan lahir banyak lagi program tv yang berilmiah yang mencuit dan menggeletek hati, tapi selari dengan tuntutan syariat Islamiah yang sangat didambakan masyarakat!

aameen..

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s