berakhir sudah deritanya…

Allahummaghfirlahu warhamhu wa ‘afihi wa’fu ‘anhu wa akrim nuzulahu wa wassi’ madkhalahu

waj’ali al-jannata maswahu.

semoga dia berbahagia…cukuplah dia menahan derita … kembalilah ke pangkuan Penciptanya!

saya hanyalah pemerhati sekali-sekala.. d musim politik lewat lalu.. simpatiku tertumpah pada Ustaz Azizan Razak, mantan MB Kedah yang pada jam 11:10 pagi tadi diwartakan telah kembali ke rahmatullah,,, innalillahi wainna ilaihi rajiiun.. 

saya simpati bukan kerana kekalahannya mempertahankan jawatan MB Kedah, tetapi simpati kerana sampai hati pengundi2 Kedah menolak undi buatnya..!! pernah dulu saya mendengar ceramah tentangnya yang bersederhana & berhemah berbelanja demi meningkatkan $$$$$ Kedah dan menjelaskan sebahagian besar hutang terdahulunya.. dalam pembentangan di Dewan Rakyat?? wallahu’alam.. ( kene review semula bab ni..  lupa figure!)

peristiwa di mana kakinya terpaksa dipotong & dikebumikan dahulu juga menyayat hati… dan saya nampak wajah beliau masih jugak tersenyum di balik duka deritanya.. innalillahi…

alangkah… 

pabila disoroti kisah pemergian Almarhum Ustaz Azizan Razak ini, saya rasa lega kerana Allah menjemputnya kembali.. lega kerana lenyaplah derita zahir & batinnya…

semoga Allah ridha, ampun, lindung, rahmat, belas dan kasihinya sebagai penolong agamaNya! aameen..  x tergamak melihat keringat perjuangannya dipersenda sedang jasadnya uzur merana !

 details lanjut berkenaan kehilangan tokoh Islam kita, Ustaz Azizan boleh baca di sini!

POKOK SENA:Jenazah mantan Menteri Besar Kedah, Tan Sri Ustaz Azizan Razak selamat dikebumikan di Muassasah Darul Ulum, dekat sini pada jam 5.50 petang tadi dengan disaksikan para pemimpin dan ribuan rakyat negeri ini.  Talkin dibacakan Ketua Urusan Ulamak PAS Jerlun, Ustaz Mat Rejab Mat Akhir.

Antara yang hadir memberikan penghormatan terakhir ialah Timbalan Mursyidul Am PAS, Dr Haron Din; mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad; Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir; Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Iskandar Abdul Samad dan Ustaz Salehen Mukhyi; Pengarah Urusan Harakah, Datuk Kamaruddin Jafar; Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli dan mantan Menteri Besar, Tan Sri Mahdzir Khalid.

Solat jenazah dilaksanakan di Markaz PAS Pokok Sena, Jalan Langgar jam 4.15 petang dengan diimamkan anak lelaki Allahyarham, Izzatul Islam Azizan manakala doa dibacakan ulama tempatan, Tuan Guru Haji Salleh Musa.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah turut berangkat menziarahi jenazah Allahyarham .

kenali Ustaz Azizan sepintas lalu , klik di sini,,,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s