Ahlan wa sahlan, Ya Rajab 1434h!

Alhamdulillah, esok 1 RAJAB, 1434h!

Malam ini bermula malam pertama Rajab (tonite?) ( 5 malam barakah )yang sedang dinanti penuh rindu oleh sang pencinta kalbu!

Malam penyucian yang diberkahi – JOM PERBAHARUI NIAT, ILMU, AMAL & IMAN dengan CEPUMAS ini!

doa-rejab-syaaban

memasuki bulan2 mulia Rejab, Sya’aban & Ramadhan…ibarat membeli tiket ke syurga… ???

Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. Rejab bermaksud ta’azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya.

Bulan Rejab mengandungi peristiwa-peristiwa bersejarah kepada orang Islam di mana berlakunya peperangan Tabuk, pembebasan Al-Aqsa dari tangan tentera Salib dan juga bulan inilah berlakunya peristiwa Isra’ dan Mi’raj Nabi Muhammad saw.

رجب شهر الله ، وشعبان شهري ، ورمضان شهر أمتي

hadis drp. Abi Said al-Khudriy : bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :

“Rejab adalah bulan Allah, Sya’ban adalah bulanku dan Ramadhan pula adalah bulan umatku”.

DOA BULAN REJAB

 

copy-doa-rejab.jpg

Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya. Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hambaMu dan aku dalam genggamanMu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepadaMu sekadar kemampuan yang ada padaku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah.

Penghulu Istighfar

Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.

doa tolak bala

Rejab merupakan sebuah bulan yang banyak keistimewaannya yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada hamba2-Nya, kerana Rejab adalah bulan Allah. Pintu rahmat terbuka luas  untuk bertaubat dan memohon ampun di atas dosa-dosa yang lepas  dengan sifat ikhlas, rendah diri dan tawwaduk agar ganjaran yang akan diperolehi itu ada keberkatannya jua. In shaa Allah.

rejab bulan ALlah

Sabda Nabi s.a.w:

Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

..SELAMAT BERHIJRAH..

 Ahlan wa Sahlan, Ya Rajab 1434h!

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s