Ayat 46: Surah alKahfi

doa buat diri

Semua kita akan berhitungan dengan segala kurniaanNya yang dipinjamkan di dunia ini –  barangkali kita menyukai sesuatu tapi ianya padah bagi kita dan sebaliknya; mungkin apa yang kita perlekehkan kini adalah alat yang menghampirkan kita kepadaNya… mari sesama kita prakira tindakan yang telah kita lalui selama ini – apakah ianya mendekatkan kita ke pintu syurga atau bagaimana?

Ayat 46 : Surah alKahfi ini amat baik buat kita timbang2 amalan sebelum detik yang tiada pilihan…  naudzubillahi…

الْمَالُ وَالْبَنُونَ زِينَةُ الْحَيَوةِ الدُّنْيَا وَالْبَقِيَاتُ الصَّلِحَتُ خَيْرٌ عِنْدَ رَبِّكَ ثَوَابًا وَخَيْرٌ أَمَلًا

Harta benda dan anak-pinak itu adalah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal itu lebih baik di sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan.


Banyak kesamaan maksud ayat dari ayat di atas (alKahfi:46) dengan ayat 28 : surah al-Anfal!
Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.
(Surah Al Anfal, Ayat 28)

Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalan kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi)?

Masih belum terlambat untuk memperbaiki kesilapan/ kelalaian kerana selagi ada kesedaran & keazaman untuk berubah ~ keampunan & rahmat Allah itu Maha Luas ~ melangkaui langit & bumi dan segala yang ada di antaranya.. nsyaAllah

Jom perbaharui tekad & amal ~

sesama memburu ridhoNya..

irhamna, Ya Allah!

biyadihil khair…

aameeen..

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s