TaQwa perisai iman ~

Firman Allah S.W.T: 

“Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan mengadakan   jalan keluar baginya, dan akan diberikan rezeki daripada sumber yang tidak disangka-sangka. Dan sesiapa yang bertawakkal kepada Allah, maka cukuplah (tidak perlu bergantung kepada yang lain). Sesungguhnya Allah akan menyampaikan hasrat segala urusannya. Sesungguhnya Allah menjadikan bagi tiap-tiap sesuatu menurut kadarnya”.

(Surah al-Talaq)

Firman-Nya lagi:

“Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan menjadikan segala urusannya mudah untuk disempurnakan”.

(Surah al-Talaq)

Firman-Nya lagi:

“Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan menghapuskan segala dosa dan kesalahannya dan akan diperbanyakkan  ganjaran pahala (baginya)”.

Sabda Rasulu’Llah s.`a.w.:

 

“Bertaqwalah kepada Allah di mana sahaja kamu berada dan ikutilah amal buruk yang kamu telah lakukan dengan amalan yang baik supaya ia menghapuskannya serta berakhlaklah dengan manusia dengan akhlak yang terpuji”.

 

Saidina `Umar r.`a. berkata:

 seseorang yang bertaqwa adalah ibarat seseorang yang berjalan di kawasan berduri tanpa kasut. Dia akan berjalan secara berhati-hati kerana bimbang kakinya akan tercucuk duri. Demikianlah seseorang yang bertaqwa sentiasa hidup dalam keadaan berhati-hati dibimbangi terlibat dengan perkara yang dimurkai Allah S.W.T.

Al-Imam al-Nawawi ketika menghuraikan sifat Ihsan mengatakan:

Seseorang hamba tidak akan dapat mencapai tingkat taqwa selagi tidak mencapai tingkat Ihsan”

Sabda Rasulu’Llah s.`a.w.:

Ihsan itu ialah, engkau beribadah kepada Allah seolah-olah engkau melihat Allah, sekiranya engkau tidak melihat Allah, yakinlah bahawa Allah sedang memerhati kamu..

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s