o bonda!

berlalu sudah 2 minggu kepulanganmu mengadap Sang Pencipta Yang Maha Belas & Penyayang….semoga alam baru mengalukanmu dengan santun dan ramah….agar dilapangkanNya kuburmu dan dipelihara daripada azab kubur & neraka… naudzubillahi mindzalik…

beruntungnya bonda kerana terpilih kembali di hari Jumaat berbahagia seperti hari ini…Alhamdulillah… biarlah mimpi & kenangan indah  bersamamu menemani kesepianku…kerinduan pada ketiadaanmu di sisi..akan kusemadikan di lubuk hati yang paling dalam buatmu, bonda… guruku yang amat tercinta! ameen..

aku akan selalu mengenangi bonda – GURU UTAMA & PERTAMA yang mengenalkanku kepada dunia ini.. dunia yang penuh pancaroba, penuh tipudaya! nsyaAllah…

IBU,

dikaulah RATU HATI yang sangat prihatin tentang bahagia kami, anak2mu… kau curahkan segala daya yang kau miliki untuk memenuhi janjimu sebagai BONDA!

apakah yang terlebih layak bagiku untuk mengungkapkan setinggi penghargaan buatmu, ibu yang telah mengorbankan segala jiwaraga & penatlelah membesarkan kami SELAIN kalimah ALHAMDULILLAHI RABBAL ‘ALAMIIN..??

TERIMAKASIH ALLAH!!!

kukenal awal erti hidup berkat didikan ayahbonda _ yang mengenalkan erti perjuangan, kesederhanaan, kebersihan, kehambaan…dengan izin Allah…

MAK,

dikaulah orangnya yang amat memprihatinkan hal KEBERSIHAN… bukan hanya kebersihan zahir tapi juga kebersihan batin… kau ajarku nilai2 kebersihan dan kau tunjukiku sikap konsistenmu yang pembersih! aku amat mengagumimu mak meski tidak pernah kusebut ini di hayatmu dulu… uhh2..

betapa aku terharu atas kebaikanmu mak.. mak yang selalu ingin memberi walaupun kekadang tidak memiliki… terkadang juga, mak sanggup menebalkan muka meminjam tetapi bukan untuk kegunaan mak sendiri! bengang semua memikirkan ini; orang luar akan menyangka mak dipersia kerana semacam tiada walhal telah disediakan keperluannya… innalillahi…. sikap pemurah mak ini kekadang menaikkan marah kakak2 yang lain kerana persepsi asing yang kurang selesa! aku diam membisu seribu bahasa kerana aku pasti, mak tahu apa yang terbaik untuk dilakukannya meski dicurigai…  kini mak telah tiada…dan aku belajar menerima hakikat!

mak telah mengajarku untuk prihatin menjadi insan yang menghulur dengan contoh2 kepemurahan sanak-saudara… dengan simbolik & berhalus diselitkan nasihat agar selalulah ringan tulang, baikhati, pemurah, berhati mulia! o ibu, mulia sungguh hatimu..!!

sebagai anak perempuan bongsu yang selalu bersama ibu di zaman persekolahan dulu, aku beruntung kerana dikurniakan seorang ibu yang pandai & cekap meski tidak pernah menjejakkan kaki  ke sekolah! Mak cekap menghitung (mengira) sehingga dulu dipilih sebagai ketua yang memegang duit kutu! hoho.. bukan yang di kepala tu, k! hee..

jika diberi tugas, mak akan melaksanakannya dengan cermat, kemas dan cekap _ sering menjadi rujukan di majlis2 saudara-mara! mak yang penjimat dan pandai memasak! pelbagai lauk-pauk, kuih-muih tradisional pandai dibuatnya – serimuka, kasui, tepung pulit, koci, dodol, bingka pulut & ubi, lepat, abuk2 adalah antara kuih2 lama yang sangat digemari kami hasil air tangan bonda! Tapi, ibu juga expert buat kek marble dan kek kukus! serunding daging, sambal bilis, rendang, candy kelapa adalah signatures mak yang sangat sedap!!! Kami pastinya merindui semua ini bila terkenangkannya…

aku rasakan (perasan…hee..) akulah anak yang paling paham emak meskipun jarang bertemu selepas beranak 6!! huhu.. aku paham masalah mak, renungan dan jelingan mak! gelak dan gurau mak, senyum & tangisnya, kepedihan, harapan & kerinduan mu, bonda!! ( walau tidak kau ucapnya!)

suami dan bondalah yang mengapit Rasulullah saw.(semoga benar mimpiku dan bukan mengada2kannya _ naudzubillahi mindzalik) mengadapku yang terbaring sakit (di awal2 perkahwinanku dulu..) ~ hadiah bulan madu! Alhamdulillah…

 

 

 

 

 

Allah panjangkan umur ibu yang kelihatan nazak di malam idulfitri tahun ini; lewat tengah malam penuh debar tapi pasrah _ baru aku sekeluarga sampai ke hospital! semua ahli famili yang lain telah berkumpul kecuali kami! suspens semua – apakah kami akan mengenangi idulfitri2 yang lain nanti dengan tragedi ini? Alhamdulillah, aku berjaga di sisi bonda seterdayanya penuh debar! menjelang subuh, bersama suara yang hampir tidak difahami, ibu terasa hendak minum airkopi, teh, nasi… kerana telah seminggu tidak boleh makan…longlai dan tidak bermaya…  pedih hatiku menyaksi ini…

………..2b continued….. nsyaAllah..

2 Comments

  1. mkasih kasih awak… it’s ok; bonda lat pun dah meninggal 2 hari sebelum ramadhan.. lat btau kamipun hampir sebulan selepas pemergiannya… innalillahi wa innalillahi raji’uun..

    semoga arwah parents kita & semua seMuslim kita dalam ampunan & rahmat Allah selamanya.. dilindungi, dirahmati, diredhaiNya…

    ameen….

    irhamna, Ya Kareem….

    ps. mkasih ye @ doamu… Allahlah sesebaik pembalas kebaikan… ameen…

    Like

  2. Salam Takziah S. Maaf tak ucap takziah pada hari pemergian bonda. Semoga roh nya diletakkan bersama roh orang2 yang diredhoi Allah.

    Like

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s