9.9.2011 = 11 Syawal, 1432H @ Jumaat @ 11 a.m.

9.9.2011 = 11 Syawal, 1432H @ Jumaat @ 11 a.m.

tarikh & detik di atas, kini akan menjadi nostalgia selama ingatan masih utuh… bagiku, tarikh ini comel’ dari segi angka & terbaik dari sudut waktu ~ meski detik itu amat mendukacitakan jiwa raga….kehilangan insan istimewa dewi syurga’ yang paling banyak berjasa – mengenalkanku kepada erti kehidupan!!

 

Ilahi,

aku ingin meraung kerana tidak sempat di sisi bonda di saat2 akhirnya..

Engkaupun maklumi, kekangan demi kekangan yang sebetulnya boleh diadaptasikan andai diri seorang perasa’ dan bertimbangrasa…

namun, tiada dayaku yang tersangat kerdil ini menahan hukum karma!

hanya rintihan dalam kalbu – cuma Engkau yang tahu..

dapat kurasakan kesakitan, keperitan, kedukaan, kepayahan, kerinduan, pengharapan & pengertianmu, ibu….

tidak termampu kubayar sekelumitpun segala penat-jerihmu melahir, membesarkan kami dengan sepenuh kasih-sayang…

Ya Tuhan, dhaifnya aku..

Emak,

 tiada kata secantik bahasa untuk menyampaikan setinggi penghargaan & terimakasih padamu, bonda di atas jasa2mu yang tidak minta dibalas… melainkan Alhamdulillah…….SubhanAllah, Allahuakbar.. kupanjatkan syukur padaMu jua Allah yang mengurniakan segala nikmat tidak terhitung ini..

Deringan hp setelah selesai solat dhuha & hajat (insyaAllah) di surau, menggoyahkan diri.. ada 2 panggilan yang tidak sempat berjawab dari suami. lalu ku telefon semula dan disuruh membatalkan tiket bas balik ke kampung kerana kami sefamili akan balik ke kampung bersama.. ibuku meninggal! tiket bas burnt begitu saja kerana jangkaannya terlebih cepat naik kenderaan sendiri.. insyaAllah..

suami terpaksa menundakan 4jam kelasnya sesudah jumaat ke hari lain dengan berita kecemasan tadi.. hampir jam 12 tengahari baru dia sampai di stesen bas ekspress shah alam!

 cepat2 aku masuk ke dalam kereta supaya kami boleh bertolak ke kampung secepatnya selepas mengambil anak2 di rumah. hanya bout 2jam sahaja perjalanan tu sekiranya lancar.. tapi, masyaAllah.. meragamlak tetiba kereta kami di tengah2 simpang mengadap TM.. innalillahi… x boleh gerak langsung, so minta pertolongan pelalulintas – menolak kereta ke dalam stesen bas semula.. mkasih sume!

dengan ihsan sahabat baik suami, kami dihantar pulang ke rumah menaiki keretanya dan meninggalkan kereta osak kami di situ untuk ditarik’ ke bengkel esok.. nsyaAllah.. terimakasih sahabat, di atas susahpayahmu tanpa soal!

kami bersepakat bertolak selepas solat jumaat kerana jangkaan acara pengkebumian mak dilakukan selepas solat asar… insyaAllah sempat! Alhamdulillah, kami sampai di kawasan tersebut on time’ tapi malangnya kerana kekeliruan tempat baru itu @ memang telah ditakdirkan – kami tidak sempat mengucup bonda untuk kali terakhir kerana baru sahaja dimasukkan ke liang lahat! innalillahi…(tidak sanggup aku melayan nafsu untuk menyakiti mayat ibuku jika disuruh angkat ke atas semula semata2 untuk menciumnya… naudzubillah…) biarlah, aku redha.. kerana bonda TERPILIH pergi di Jumaat MULIA … yang tentunya amat bererti buat bonda & kami… insyaAllah… ALhamdulillah..

 

maafkan,

catatan ini sekadar sedikit bicaraku yang terungkap ~

there’s much more left unsaid…

( if u really care, u’ll write….)

al fatihah buat bonda…

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s