keistimewaan ramadhan ~

Keistimewaan *berpuasa* Ramadhan ~ 

“Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadan dengan sungguh-sungguh beriman dan ikhlas kerana Allah semata-mata, nescaya diampuni Allah dosa-dosanya yang terdahulu”.

(Hadis riwayat Imam al-Bukhari)

Dari Abu Ayub al-Ansari berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda:

“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia berpuasa pula sebanyak enam hari pada bulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa sepanjang masa”

(Riwayat Muslim)

amalan sunat sepanjang sebulan pada bulan Ramadan ini bagaikan melakukan perkara-perkara wajib. Pahala itu memang berbeza. Manakala, perkara wajib pula, digandakan sebanyak 70 kali.

Baginda saw. menggelarkan bulan Ramadan sebagai `shahrul musawah’ atau bulan prihatin.

Doa di dalam bulan Ramadan adalah mustajab, sedekah diterima, kebaikan digandakan dan azab pula ditolak.

SEDEKAH antara amalan sosial yang amat digalakkan di bulan mulia, ramadhan ini :

~ BERSEDEKAH KEPADA KAUM KERABAT akan mendapat dua pahala, iaitu pahala menghubungkan silaturahim dan kedua, pahala khas bersedekah.

~ dijanjikan syurga dan sedekah akan menjadi pendinding daripada api neraka, dan boleh menjinakkan hati serta mengikis sifat sombong & mementingkan diri sendiri sahaja.

~ sebuah hadith daripada Anas r.a., Baginda saw. bersabda bermaksud:

Bersedekahlah kamu, sesungguhnya bersedekah itu melepaskan kamu daripada Jahanam.

al-Quran mendidik manusia supaya menyumbang atau bersedekah dengan apa yang kita sayang untuk mencapai darjat kebaikan.

KISAH MENARIK ~ sebagai RENUNGAN:

BIAYA MENUJU PERANG TABUK OLEH SEDEKAH SAIDINA UTSMAN BIN AFFAN r.a.

Rasulullah saw. berdiri, “siapa yang mau berinfak?”

Sayyidina Utsman berdiri

“Aku ya Rasulullah 100 ekor onta” (1 ekor onta itu harganya 40 ekor kambing) 100 ekor onta sudah dengan pelananya “Siap”, sahut sayyidina Utsman bin Affan ra,
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam berkata,
“jazakallah khair ya Utsman”  lalu duduk Sayyidina Utsman,

Rasul berdiri lagi,
“ada lagi yang mau berinfak?”
Sayyidina Utsman berdiri lagi,
“ya Rasulullah, aku 200 ekor onta tambah yang tadi 100 jadi 300”

Rasul shallallahu ‘alaihi wasallam berkata,
“cukup Utsman duduk, yang lain ada yang bantu?” 

Berdiri lagi Sayyidina Utsman,
“ya Rasulullah saw.300 ekor unta tambah 300 yang tadi 200 pertama 100, 200, 300 jadi jumlahnya 600 ekor unta dengan pelananya dengan perlengkapannya fisabilillah”

Maka berkatalah Rasul shallallahu ‘alaihi wasallam
“tidak ada lagi musibah yang akan menimpa Utsman bin Affan setelah ini”

# seluruh biaya menuju perang Tabuk telah ditanggung Utsman bin Affan r.a.

Semoga sesama kitaberusaha meningkatkan amalan kebaikan di bulan mubarak ini ~ nsyaAllah..

ameeen…

HPP RAMADHAN ~ RAMADHAN _KAREEM!!!

~ smile ~

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s