~dan, hari2 yang sibuk i2pun bermula…~

memangpun,

perjalanan masa terasa derasnya sekarang…

  travelling buat masa berputar laju…

kelmarin di sana, pagi hingga petang tadi di melaka,

then sampai umah bout six, kot!

alhamdulillah, sempat sungkai’ di rumah dengan sup tulang (fav), asam pedas, belacan, n sate kaje samuri! hee.. sume lauk tu beli jer kt servis otw back td… kecuali nasi masak dalam microwave jer…

 

haha.. simple makes easy!

(sebenonye terbalik : tired turns lazy!)

hee..

sepatutnye memang nak tidoq @ hometown jer, tapi memandangkan masih larat nak balik umah sebab sok depa ada kelas pagi petang, n leceh pulak kalu  nak ganti mase bulan posa t, so??? haha.. lagi2 skniiit doh 2hari (4x) ponteng kelas minggu ni.. syyyyt..

my skniiit tu bole bangga lagi monteng sebab ustaz said dia sorang je yang lepas hafazan surah as-syams.. (hoho..den pun xhafal!) dalam kelasnya, even last week pun absent 4pagi sekolah agama!! kawan2 lain yang hadir sokmo pun lom habih hafal surah tu..

alhamdulillah..

tapi salute kat dia sebab mase dia btau kengkawannya cakap ‘ mesti dia saje yang got through hafazan..’ dia down 2 earth’ btau dia hafal pun tersekat2 g…

 

 

tapi alhamdulillah, DIA mempermudahkannya menghafal semasa diuji ustaz..

 

i always remind her sume tu nikmat Allah: beri kita kepandaian walau nampak usaha kita sedikit berbanding orang lain yang bersungguh tapi masih susah mendapatnya.. hendaklah kita wajib mensyukurinya –

 

dan solat salah-satu cara kita melahirkan kesyukuran di atas nikmatNya yang tidak terhitung..!!

 

“Sesungguhnya Allah sentiasa melimpahkan kurnia-Nya kepada manusia (seluruhnya), tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur.

(Al-Baqarah: 243)

 

 

this should always be remembered;

BERSYUKUR SELALU, bukan semata kerana hendak ditambah nikmat lagi (kerana Allah berjanji jika kita bersyukur, DIA akan menambahnya..),

 

tetapi

atas rasa penghargaan tulus kerana kita terpilih dilebihkanNya!

Alhamdulillah..

ramai orang tahan bersabar pabila diuji dengan musibah yang berat, tetapi amat sedikit hamba yang masih bersyukur tatkala dilimpahkan nikmat Allah yang banyak..

 

masih ingat kisah saidina umar al-khattab

yang kehairanan pabila ia terdengar doa seorang pemuda yang memohon agar dia tergolong di kalangan yang sedikit???

 

  ya, golongan (waris syurga) yang sedikit itulah dari mereka yang bersyukur!

Diceritakan bahawa ada seorang pemuda pada zaman Saidina Umar al-Khattab yang sering berdoa di sisi Baitullah yang maksudnya:

 

 

“Ya Allah! masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit.”

Doa pemuda ini didengar oleh Saidina Umar ketika beliau (Umar) sedang bertawaf di Kaabah. Umar berasa hairan, iaitu kenapa pemuda berkenaan memohon doa sedemikian rupa.

 

 

Selepas selesai melakukan tawaf, Saidina Umar memanggil pemuda berkenaan lalu bertanya:

 

 

“Kenapakah engkau berdoa sedemikian rupa

(Ya Allah! masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit), apakah tiada permintaan lain yang boleh engkau mohon kepada Allah?”

 

 

Pemuda berkenaan menjawab:

“Ya Amirul Mukminin! Aku membaca doa berkenaan kerana aku (berasa) takut dengan penjelasan Allah seperti firman-Nya dalam surah al-A’raaf ayat 10 yang bermaksud:

 

 

“Sesungguhnya Kami (Allah) telah menempatkan kamu sekelian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi (sumber/jalan) penghidupan. (Tetapi) amat sedikitlah kamu bersyukur.”

 

 

 

Aku memohon agar Allah memasukkan aku dalam golongan yang sedikit, iaitu (lantaran) terlalu sedikit orang yang tahu bersyukur kepada Allah, jelas pemuda berkenaan.

 

 

Mendengar jawapan itu,

Umar al-Khattab menepuk kepalanya sambil berkata kepada dirinya sendiri: “Wahai Umar, alangkah jahilnya engkau, orang ramai lebih alim daripadamu.”

 

 

 

semoga kita adalah

dari golongan sedikit ini, ye?

insyaAllah..

…ameeen..

~smile~

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s