BERSIH BERSIH??

hi, ese bukan oghe politik, tapi sekadar nak meluah rasa yang kurang  selesa dalam bab2 yang bese2 niih bila telah diperbesarkan…hah, setakad pandangan orang d’PoH jer.. jangan pulak disalahtafsirkan..

sebok sungguh orang citer tentang BERSIH… nampak lambang KUNING BERSIH pun ada sesetengahnya yang udah kecut sampai ambil tindakan mengarut.. itu persepsiku sesekali mendengar / melihat news …dalam surat kabo yang mmacam jenispun lapor mende ni gak… haha, aku cuma ngerling je bila jumpa hal2 camni.. bende remeh-temeh dibesarkan sampai macam nak jadi darurat le pulak, walhal perkara tu dibenarkan dalam perlembagaan berdemokrasi! apalah yang susah sangat nak bukak minda dan hadapi fenomena ini sebagai salah-satu jalan ke arah kebaikan??

janganlah kita dimomokkan dengan sesuatu yang membantutkan keadilan ditegakkan, berilah hak kepada yang empunya, supaya kita tidak disoal di kemudian hari kerana sikap prejudis dan ketidakadilan!

memandangkan aku sekadar kenal lambang bersih bila melihat logonya di fb kengkawan, baru saat ini terasa nak tau apa sebenarnya tuntutan BERSIH yang menakutkan?? hee.. tarapapelah.. kan small matter je tu..  x caya cuba semak bersama apa yang tertera di bawah ni yang diambil dari site depa, n jangan lupa tengok citer depa di youtube, k?

tengok first, baru judge!

8 Tuntutan Segera Perhimpunan

BERSIH 2.0

1. Bersihkan senarai undi

• Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal.

• Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.

2. Mereformasikan undi pos

• SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.

• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.

• Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.

3. Gunakan dakwat kekal

• Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.

4. Masa kempen minima 21 hari

• Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.

• Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.

5. Akses media yang bebas dan adil

• RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.

• Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.

• Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.

6. Kukuhkan institusi awam

Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.
Contohnya :

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.

Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.

Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.

Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.

7. Hentikan rasuah

Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.

Pembelian undi harus dihentikan!

Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.

8. Hentikan politik kotor

BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.

source : http://bm.bersih.org/?page_id=2673

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s