info sya’aban (c,e,p)…hee..

Kita bakal memasuki hari ke-3 Sya’aban esok, bulan pilihan Rasulullah saw.. bermakna hampir sebulan sahaja lagi akan menjelangnya Ramadhan – penghulu bulan setelah berlalunya Rejab yang ditangisi?
 
 
mungkin ada manfaatnya dikongsi bersama info ringkas tapi padat berkenaan Sya’aban… mudah2an dapat sesama kita perbaiki & pertingkatkan amalan di bulan2 mulia sekarang.. nsyaAllah…
 
 

hijrah i2 perjuangan..

Syaaban adalah bulan kedua selepas Rejab yang banyak dipenuhi keberkatan sehingga sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa,

Sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Lakukanlah di Syaaban ini:

 

1. Memperbanyakkan puasa sunat

Rasulullah SAW. lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini. InsyaAllah.

Dalam kitab An-Nasai dari Hadis Usamah r.a. “Aku berkata, ” Wahai Rasulullah, aku tidak melihat engkau berpuasa pada bulan-bulan lain sebagaimana engkau berpuasa di bulan Syaaban.”

Baginda bersabda:

“Kerana itu bulan di mana manusia lupa darinya antara Rejab dan Ramadhan. Itulah bulan di mana amal dinaikkan kepada Tuhan Rabbul’Alamin. Maka aku suka amalku dinaikkan dalam keadaan aku berpuasa.”

Dalam Hadis Bukhari Muslim, dari Aisyah r.a, dia berkata.”aku tidak melihat sama sekali Rasulullah S.A.W menyempurnakan puasanya sebulan kecuali di bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda lebih banyak puasanya daripada bulan Syaaban.

Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya:

 “Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid.”

 

2. Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah saw.

Sabda Rasulullah S.A.W.:

 “Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit.”

(Dipetik dari kitab Zubdatul Wa’izhin)

3. Bertaubat

Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuahu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya:

“Manakala masuk bulan Syaaban, sucikan dirimu dan perbaiki niatmu.”

 

 

 

Malam Nisfu Syaaban, kadang-kadang disebut malam Bara’ah kerana malam itu dapat menghapuskan dosa setahun.

Sedangkan malam Jumaat boleh menghapuskan dosa seminggu dan malam Al-Qadar, dapat menghapuskan dosa seumur hidup.

 

Ertinya bahawa menyambut malam-malam itu dengan beribadah, merupakan sebab penghapusan dosa.

 

 

 

 

 

~SELAMAT BERAMAL~

 

sources:


www.al-azim.com

http://www.raudhah-halifah.blogspot.com

 

 

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s