welcoming ..1st rejab, 1432H!

….alhamdulillah….

so it comes again…. the beginning of a blissful month

on a wonderful day –

the BEST FRIDAY..


 it’s TODAY….

1st REJAB, 1432H

~DON’T YOU AWARE???

a Menjelang Bulan Rejab


Ya Allah! Berkatilah kami dalam bulan Rejab dan dalam bulan Syaaban dan sampaikanlah kami ke dalam bulan Ramadhan.
Tiada tuhan melainkan Allah yang Maha lembut lagi Maha Mulia. Maha suci Allah, tuhan 7 petala langit dan tuhan yang mempunyai arasy yang agung. Dan tiada kekuatan melainkan kekuatan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

Imam As-Sayuti r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda yang ertinya:

Rejab adalah bulan Allah,

Syaaban bulanku

& Ramadhan bulan umatku.

sabda Nabi s.a.w.

REJAB adalah bulan untuk bertanam. Maka berniagalah kamu semoga Allah merahmati kamu pada bulan Rejab kerana ianya adalah musim untuk berniaga.Dan makmurkanlah waktu waktu kamu(dengan beramal) di dalamnya kerana ianya adalah waktu berbuat amal.

 

Para ulama berkata bulan Rejab

adalah bulan istighfar.Maka perbanyakkanlah istighfar di dalamnya. Imam As-Sayuti r.a membawa sebuah hadis yang diriwayatkan dari Ad-Dailami oleh Saiyidina Ali Ibn Abi Talib k.w. Nabi s.aw bersabda Yang ertinya:

Banyakkanlah beristighfar di bulan Rejab kerana pada setiap saat di dalamnya Allah menyelamatkan (seorang) dari api neraka.

Rejab adalah musim perniagaan,

iaitu perniagaan dengan amal soleh.

Mereka yang banyak membuat amal saleh pada bulan ini akan mendapat keuntungan besar di akhirat. Dalam Al-Quran di

surah Al-An’aam ayat 160 Allah Taala berfirman.Yang ertinya:

Barang siapa membawa amal kebaikan maka baginya sepuluh kali ganda. Tetapi amal kebajikan yang dilakukan pada bulan Rejab digandakan sebanyak 70 kali ganda. Begitu juga sembahyang pada waktu malam akan memberi cahaya kepada hati dan membawa kepada keredhaan Allah.

Rejab merupakan pembukaan bulan2 kebaikan dan berkat.

Jika tahun diibaratkan sebagai pohon, Rejab ibarat waktu keluarnya daun, Syaaban ibarat keluarnya bunga dan Ramadhan ibarat keluar buah- buahannya.

Imam As-Sayuti r.a membawa sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ibnu Asaakir r.a bahawa

Nabi s.a.w pernah bersabda.Yang ertinya:

Lima malam tidak ditolak di dalamnya doa.

Malam pertama di dalam bulan Rejab, malam Nisfu Syaaban, malam Jumaat, malam hari raya Aidil Fitri dan malam Hari Raya aidil Adha.

Nabi s.a.w telah bersabda lagi.Yang ertinya:

Aku melihat pada malam Mikraj sebuah sungai yang airnya lebih manis daripada madu dan lebih sejuk daripada air batu dan (baunya) lebih harum daripada kasturi. Aku bertanya kepada Jibrail, “Ya Jibrail untuk siapakah ini? Beliau berkata, “Untuk mereka yang berselawat atas mu pada bulan Rejab.”

Imam As-Sayuti banyak meriwayatkan hadis Nabi s.a.w tentang puasa di bulan Rejab. Antaranya sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Said Ibn Abi Rashed r.a Nabi s.a.w bersabda.Yang ertinya:

Rejab adalah bulan yang mulia di mana Allah melipat gandakan

segala(pahala) kebajikan.

Dan barang siapa yang berpuasa satu hari di bulan Rejab seperti dia berpuasa setahun.

Dan barang siapa yang berpuasa selama tujuh hari nescaya ditutupkan baginya pintu pintu neraka.

Dan barang siapa berpuasa selama delapan hari di bukakan baginya delapan pintu syurga.

Dan barang siapa berpuasa selama sepuluh hari tiada yang diminta kepada Allah sesuatu melainkan diberikannya.

Dan barang siapa yang berpuasa selama lima belas hari diseru (namanya) oleh malaikat dari langit (dan berkata) sesungguhnya Allah telah mengampunkan dosanya yang telah lalu dan bermulalah amal baru.

Dan barangsiapa yang melebihkannya akan dilebihkan Allah. Di bulan Rejab Allah telah mengangkatkan Nabi Nuh a.s ke dalam kapal dan baginda berpuasa di bulan Rejab dan memerintahkan semua yang bersamanya berpuasa.

Dalam hadis yang lain diriwayatkan oleh Abi Qilabah Nabi s.a.w bersabda.Yang ertinya:

Di syurga ada sebuah istana (yang dikhaskan) untuk mereka yang berpuasa di bulan Rejab.

Begitu juga imam Al-Baihaqqi r.a dalam meriwayatkan sebuah hadis dari Anas Ibn Malik r.a Nabi s.a.w bersabda.Yang ertinya:

Di syurga ada sebuah sungai yang dinamakan Rejab. Warnanya lebih putih daripada susu dan manisnya lebih daripada madu.Barang siapa yang berpuasa sehari di bulan Rejab nescaya diberi minum Allah Taala daripada sungai itu.

Dalam sebuah hadis Nabi s.a.w yang lain bersabda.Yang ertinya:

Semua insan lapar pada hari kiamat kecuali para Nabi dan keluarga mereka dan orang orang yang berpuasa pada bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan. Sesungguhnya mereka kenyang tidak akan lapar dan haus.

Diriwayatkan bahawa 4 perkara akan meringankan azab kubur.

Tetap dalam membaca Al-Quran.

Bersifat rahmat terhadap anak anak yatim.

Berpuasa 3 hari di bulan Rejab

Berpuasa 3 hari di bulan Syaaban

Tiga hari yang dimaksudkan itu ialah pada 13,14,15 haribulan.

Bagi mereka yang berpuasa pada hari Isnin dan Khamis di dalam bulan Rejab akan mendapat dua pahala

Kerana mengikut sunnah Nabi s.a.w

Kerana diamalkan didalam bulan Rejab.

Doa Rejab yang masyhur berupa istighfar yang diajarkan oleh Nabi s.a.w., Diamalkan sebanyak 70 kali setiap hari atau setiap pagi dan petang.

Ya Allah ampunilah daku dan rahmatilah daku dan aku bertaubat (kepadaMu Ya Allah)

Barang siapa yang beristighfar kepada Allah dibulan Rejab pada waktu siang dan malam dan berkata: Ya Allah, ampunilah daku dan rahmatilah daku dan aku bertaubat (kepadaMu ya Allah) sebanyak tujuh puluh kali nescaya tidak disentuh api neraka kulitnya sama sekali.

TAHUKAH ANDA???

Rejab ialah bulan yang cukup istimewa dalam takwim Islam.

Pelbagai peristiwa berlaku pada bulan ini dan satu daripadanya yang sangat penting ialah peristiwa Israk dan Mikraj pada 27 Rejab.

Peristiwa Israk dan Mikraj bukan sahaja banyak mengandungi pengajaran berguna kepada umat islam malah menjadi satu ujian kepada kepercayaan dan kekuatan akidah umat islam.

Peristiwa itu berlaku di luar kemampuan akal fikiran manusia untuk menerima dan memahaminya.Oleh itu ramai umat islam yang lemah iman akan tergelincir akidah dan pegangannya terhadap Islam kerana meragui peristiwa berkenaan dan mempertikaikannya daripada segi logik akal manusiawi.

Memang benar, jika peristiwa Israk dan Mikraj itu dinilai dari sudut akal fikiran semata mata sudah tentu manusia tidak mampu mempercayai berlakunya peristiwa itu terhadap Rasulullah.

Ini kerana akal fikiran manusia terbatas, tetapi jika diletakkan di atas dasar keimanan dan ketakwaan, sudah tentu ia dapat diyakini.

Aspek keyakinan ini diperkuatkan lagi dengan firman Allah yang menceritakan peristiwa Israk dan Mikraj dengan menyebutkan “Maha suci Allah” iaitu maha suci Allah daripada sebarang kelemahan dan kekurangan.

Firman Allah bermaksud:

“Maha suci Allah yang menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari masjidil Haram ke masjidil Aqsa yang kami (Allah) berkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami, Sesungguhnya Allah jualah yang Maha mendengar lagi Maha Mengetahui.”

(Al Israk;1).

Dalam penghidupan moden ini, apakah pengajaran dan iktibar yang boleh diteladani daripada peristiwa itu?

Antara pengajaran dan iktibar:-

Menyahut rintihan Rasulullah dalam usahanya menyampaikan dakwah terhadap umat jahiliah,yang ternyata baginda mendapat tentangan yang amat hebat.Antara yang paling hebat ialah ketika baginda berdakwah kepada penduduk Taif. Ketika itu Baginda diejek dan dilempar dengan batu hingga terluka.

Justeru itu, Rasulullah segera keluar dari kawasan itu dan berehat di sebuah kebun milik Uthbah dan Syibah Rabiah. Pada saat itu, baginda mengadu kepada Allah.

Sesungguhnya Allah mendengar apa yang diucapkan Rasullullah dan berdasarkan hadis Nabi bahawa Allah mengutuskan malaikat Jibril dengan menawarkan bantuan untuk menghempap mereka yang melakukan kekejaman terhadap Rasullullah dengan gunung-gunung yang ada di sekitar kota Taif itu.

Namun, Rasulullah menolak tawaran malaikat Jibril itu, bahkan baginda berdoa agar Allah menjadikan anak cucu mereka termasuk di kalangan yang menerima Islam di masa akan datang.

pengajaran penting berkaitan peristiwa Isra’ Mi’raj

Kepentingan solat fardu sehari semalam lima waktu;

Balasan baik kepada mereka yang melakukan kebaikan dan sebaliknya memperlihatkan balasan buruk kepada mereka yang melakukan kejahatan; dan

Umat Islam akan menghadapi banyak cabaran daripada musuh mereka sepanjang zaman.

Peristiwa Israk & Mikraj memperlihatkan betapa pentingnya solat lima waktu berbanding dgn. ibadat yang lain.

Kefardhuan ibadat solat ditentukan pada malam berlakunya Israk dan Mikraj dengan Nabi Muhammad dijemput menerimanya daripada Allah s.w.t di Sidratul Muntaha manakala ibadat lain difardhukan melalui wahyu yang dibawa malaikat Jibril a.s.

Kefardhuannya yang asal diperintahkan Allah s.w.t sebanyak 50 waktu sehari semalam bertukar menjadi 5 waktu sahaja setelah Nabi s.a.w memohon untuk dikurangkan atas nasihat Nabi Musa a.s. Namun pahalanya tetap diberikan Allah sebanyak 50 waktu pahala bersembahyang.

Beberapa perkara yang diperlihatkan kepada Rasulullah sewaktu Israk dan Mikraj.

Sekumpulan manusia menanam dan menuai gandum.Setiap kali dituai, gandum itu tumbuh kembali dan terus boleh dituai dan begitulah keadaannya.

Ini menggambarkan balasan kepada mereka yang berkorban apa sahaja untuk kepentingan agama Allah. Mereka akan mendapat balasan terus menerus.

Tempat yang sangat harum.Hal ini memperlihatkan balasan baik bagi mereka yang berkorban pada jalan Allah.

Sekumpulan manusia memakan daging mentah dan busuk sedangkan di sebelah mereka tersedia daging baik.

Ini menggambarkan keadaan mereka yang melakukan zina sedangkan sudah mempunyai isteri atau suami.

Manusia yang berperut besar sehingga tidak boleh bangun . Gambaran balasan orang yang memakan riba.

Manusia yang mengumpul dan mengikat kayu untuk dipikul. Apabila tidak terdaya memikul,makin ditambahnya .

Gambaran manusia yang tidak amanah,tetapi mahu menerima amanah dan tanggungjawab atau jawatan dengan banyak walaupun tidak mampu melaksanakannya.

Panggilan perempuan tua yang memakai perhiasan untuk mengajak berbual dan berbicara

Gambaran bahawa dunia dan pengaruh kebendaan pasti akan mempersonakan manusia.

Gangguan Iblis dan Jin untuk mengganggu perjalanan Rasulullah.

Ini menunjukkan iblis dan jin pasti mengganggu manusia supaya sesat daripada jalan Allah.

Golongan manusia yg memecahkan kepala mereka berkali2: Gambaran manusia yang meninggalkan solat kerana sibuk dengan urusan dunia.

Manusia yang memakai pakaian compang camping dan memakan sampah sarap serta rumput rampai

Gambaran manusia yang tidak membayar zakat, tidak mengeluarkan zakat, tidak bersedekah dan seumpamanya kerana sayangkan harta.

Kumpulan manusia yang memotong lidah sendiri secara berterusan

gambaran menunjukkan kumpulan manusia yang menyebar fitnah, pembohong dan seumpamanya.

Lembu besar keluar dari lubang kecil dan cuba masuk semula ke dalam lubang itu:

Gambaran manusia angkuh dan bercakap besar, selepas itu dia kesal dan mahu menarik balik percakapannya itu.

Pokok berduri yang mencarik pakaian orang yang lalu berhampirannya

Gambaran manusia yang suka berada di persimpangan jalan dan mengganggu orang lalu lalang di kawasan itu.

Perempuan digantung rambutnya ke dalam neraka:

Gambaran kaum wanita yang tidak menutup aurat.

Ternyata kesemua 13 peristiwa yang diperlihatkan itu menggambarkan keadaan manusia yang ada di muka bumi ini dan ternyata keadaan ini sedang berlaku.

apakah kita mengambil iktibar daripada peristiwa israk mi’raj ini sewajarnya?

Empat perkara yang berharga dalam diri manusia:

sabda Nabi Muhammad saw:

“Ada empat macam yang berharga dalam diri manusia dan ia boleh hilang dengan empat sebab.

Adapun yang berharga itu ialah akal, agama, malu dan amal soleh. Maka akal boleh hilang disebabkan marah. Agama boleh hilang disebabkan dengki. Malu boleh hilang disebabkan tamak dan amal soleh boleh terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain.”

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s