cinta dengar pertama ‘ilaika’mu..

( mula mengenalimu dalam malu...tapi ingin lebih mendekat..dalam sipuku..)

Imam Syafie: sekilas lalu:

Nama lengkapnya Abu Abdullah bin Idris As-Syafie Al-Mutthalibi Al-Quraisyi. Lahir di Gazza, Palestin pd tahun 150 H, tempat wafat Hasyim nenekanda Rasulullah SAW. Ketika masih anak2, ayahnya meninggal dunia. Ia diasuh oleh ibunya. Kehidupannya sangat sulit. Ketika berumur 2 tahun dibawa ke Makkah dan belajar di sana. Beliau rajin belajar dan cerdas.

Semua ilmu yg diperolehnya dicatatnya pd tulang2 hingga penuh satu ruangan. Umur 7 tahun telah hafal Al-Quran, umur 10 tahun hafal kitab Hadith “Al-Muwathta” karangan Imam Malik, dan umur 15 tahun telah diizinkan memberi fatwa.

Di antara gurunya di Makkah, Soufyan bin Uyainah dan mufti Muslim bin Khalid Az-Zanji. Umur 20 tahun pindah ke Madinah, memperdalam ilmunya dengan belajar kepada Imam Malik. Kemudian berangkat ke Iraq, menemui sahabat2 Abu Hanifah dan mengambil ilmu dari mereka. Mengadakan perjalanan ke Parsi, Iraq bahagian Utara dan berbagai negara. Setelah 2 tahun mengembara, menetap di Madinah selama 2 tahun. Dari perjalanan ini, ilmu pengetahuan dan pengalamannya bertambah terutama mengenai masalah kehidupan dan tabiat manusia.

Pada 195 H, beliau berpindah ke Baghdad, mengajar dan mengarang beberapa kitab. Selama 2 tahun di situ, ramai orang berpindah mazhab kepadanya.

Pendapatnya selama di Baghdad dinamakan dengan “Qaul Qadim” (pendapat lama). Kemudian pindah ke Makkah dan sesudah 2 tahun di situ, pd tahun 198 H, kembali menetap di Baghdad, kemudian ke Mesir dan memperdalam ilmunya di perguruan tinggi Al-Azhar, Kaherah. Pendapat dan fatwanya selama di Mesir dinamakan “Qaul Jadid” (pendapat baru).

Imam Syafie adalah seorang imam mutjahid yang banyak diikuti alim ulama, Wali yang soleh, seorang suku Quraisy yang amat mendalam ilmu pengetahuannya, terutama mengenai hadith.

Dialah yang dimaksudkan Rasulullah SAW dengan sabdanya,

Dialah orang alim dari suku Quraisy yang ilmunya memenuhi seluruh tingkatan bumi.

Ia pernah melihat Nabi SAW dan beliau memberinya sebuah neraca. Peristiwa itu ditafsirkan orang bahawa mazhabnya adalah paling adil di antara semua mazhab, dan lebih sesuai dengan sunnah.

Imam Ahmad menyatakan bahawa Syafie membahagi malam itu kepada 3 bahagian: sepertiga untuk solat (ibadah) sepertiga untuk ilmu dan sepertiga untuk tidur. Dalam sehari semalam membaca Al-Quran satu khatam dan pada bulan Ramadan dua khatam. Semuanya itu dibacanya dalam solat.

Syafie pernah berkata ,

Aku tidak pernah makan kenyang sejak berumur 16 tahun, kerana banyak makan itu akan memberatkan badan, mengeraskan hati, mengurangi kecerdasan, menumpulkan otak, membawa kepada tidur dan melemahkan kemahuan untuk beribadah. Aku tidak pernah bersumpah seumur hidup, baik untuk kebenaran mahupun tidak.

Beliau wafat pada waktu Asar, Jumaat bulan Rejab 204 H, dan dikebumikan di Qarafah. Beberapa tahun kemudian orang ingin hendak memindahkan jenazahnya ke Baghdad. Tetapi ketika kuburannya dibongkar, terciumlah bau yg harum dari dalamnya, sehingga pemindahan jenazahnya itu dibatalkan.

source: http://fiqhulmanhaji.fotopages.com

(c&p)

………………………………..

LIRIK NASYID ILAIKA

adalah antara bait-bait syair Imam Syafie ketika beliau sakit sebelum menghembuskan nafas terakhir..

…subhanallah…

إلـيــك إلـــه الـخـلـق أرفــــع رغـبـتــي

kupersembahkan kepadaMu harapanku wahai Tuhan

وإن كـنـتُ يــا ذا الـمــن والـجــود مـجـرمـا

sekalipun aku seorang yang berdosa wahai Zat yang Maha Pemberi dan Maha Pemurah

ولـمــا قـســا قـلـبـي وضـاقــت مـذاهـبــي

tatkala sesak dadaku dan sempit perjalanan hidupku

جـعـلـت الـرجــا مـنــي لـعـفـوك سـلـمــا

kujadikan rayuanku sebagai jalan mengharap keampunanMu

فـمـا زلــتَ ذا عـفـو عــن الـذنـب لــم تـزل

hanya Engkau sahaja yang memiliki keampunan untuk dosa yang tidak akan terhapus ini.

تــجــود و تـعــفــو مــنـــة وتـكــرمــا

bila Engkau belas dan Engkau ampun, itu kebaikanMu dan kasih sayangMu.

ألــســت الــــذي غـذيـتـنـي وهـديـتـنــي

bukankah Engkau yang memberi aku makan dan hidayah?

ولا زلــــت مـنـانــا عــلـــيّ ومـنـعـمــا

dan memang selamanyalah Engkau yang memberi anugerah dan ni’mat itu kepadaku

عـسـى مــن لــه الإحـســان يـغـفـر زلـتــي

semoga sesiapa yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku

ويـسـتــر أوزاري ومــــا قــــد تـقــدمــا

dan menutup dosa2ku dan setiap perkara yang telah lalu

فــإن تـعـف عـنــي تـعــف عـــن مـتـمـرد

sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkanlah dari kederhakaan

ظــلــوم غــشــوم لا يــزايـــل مـأتــمــا

kezaliman, penganiayaan yang tak pernah terpisah dariku

و إن تنـتـقـم مــنــي فـلـســت بــآيــس

dan jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa

ولـــو أدخـلــوا نـفـسـي بـجــرم جـهـنـمـا

sekalipun kesemuanya memasukkan diriku bersama salahku ke dalam neraka

فصيـحـا إذا مــا كــان فـــي ذكـــر ربـــه

dia menjadi ramah ketika mengingat tuhannya

وفيما سواه في الورى كان أعجما

tetapi bila bersama yang lain di dunia ini dia membisu

 

يـقــول: حبـيـبـي أنـــت سـؤلــي وبغـيـتـي

dia berkata: Kekasih, Engkaulah harapanku

 

كـفــى بـــك للـراجـيـن ســـؤلا ومـغـنـمـا

cukuplah hanya Engkau bagi orang2 yang berharap,

harapan dan kekayaan..

أصـــــون ودادي أن يـدنــســه الـــهـــوى

kupelihara kasihku yang dicemari nafsu

 

وأحــفــظ عــهــد الــحـــب أن يـتـثـلـمـا

dan aku jaga janji kasih yang telah tercalar

فـفـي يقظـتـي شــوق وفــي غـفـوتـي مـنــى

di saat ku berjaga, aku rindu, dan di saat ku terlelap aku berharap

 

تــلاحــق خــطــوي نــشــوة وتـرنــمــا

yang selalu mengiringi langkahku; bersemangat dan berirama,

 

فـجـرمـي عـظـيـم مـــن قـديــم وحــــادث

maka dosaku adalah besar dari dulu dan kini

 

وعـفــوك يـأتــي الـعـبـد أعـلــى وأجـسـمـا

dan keampunanMu yang mendatangi hamba; meninggikan dan memuliakan (martabatnya).

 

(c.e.p) sumber:

http://downloadnasyid.blogspot.com/2008/12/muhammad-ubaid-elaika.html

 

…smile…

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s