suatu persoalan tentang persahabatan!

suatu persoalan tentang persahabatan,

apa pilihan kita dalam bersahabat?

samakah seperti keperluan kita sewaktu memilih pasangan hidup..?

terserah kita menyaringinya….

 

( sekadar rujukan bersama untuk meniliki hati & budi bersahabat…)

 

agar diberkatiNya jua…

….aameen….

MOTTO:

“Sudah pastilah kecintaan-KU itu untuk orang-orang yang saling ziarah menziarahi kerana AKU. Sudah pasti pula kecintaan-KU untuk orang yang saling cinta- menyintai kerana AKU, sudah pasti pula kecintaan-KU kepada orang-orang yang saling bantu-membantu kerana AKU. Juga sudah pastilah kecintaan-KU untuk orang yang saling tolong-menolong kerana AKU.”

(maksud hadith Qudsi Riwayat Ahmad dan Hakim)

“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik-baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya”

(H.R al-Hakim)

may u find happiness along ur way….

‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’

  surah al-Hujurat ayat 13:

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.’

RasuluLlah saw. bersabda,

“ Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya”

(H.R Abu Daud)

pepatah Arab mengatakan;

 “ Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”

seorang sahabat itu,

Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;

Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;

Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;

 

Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;

 

Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;

 

Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat

 

Dia mendorongmu mencapai kejayaan di sini di sana…

so;

Marilah kita bersahabat demi Allah

untuk mencari redha-NYA !!

…….ameeen……

smile!

~ smiLe ~

c&p: sahabat sejati – majalah cahaya , 2006

2 Comments

  1. depa bilang kalu rindu DIA, call r sllu… TOLLFREE… hee.. gurau, k!

    SOLAT adalah cara menyampaikan kerinduan padaNYA kerana dalam SOLAT samada WAJIB/ SUNAT terdapat intipati teras ibadah _ RUKUN ISLAM yg 5!

    nsyaAllah..

    ameen..

    Like

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s