dosa & taubat : mari awasi & hisabi diri

manusia cuma insan biasa, tidak sunyi melakukan dosa, dengan nafsu keji tercela-bisikan syaitan di mana sahaja…tapi akal diberikan Allah penilaitara dosa pahala- berfikir sebelum bertindak, ingat balasan amal yang selalu dicatat malaikat pengiring kita..hari kematian pasti mampir, lambat/cepat; kubur gelita rumah sementara jika dosa melebihi pahala; dunia hanya terminal ujian menguji ketaqwaaan: akhirat jua yang kekal abadi.. mari selalu kita awasi & hisabi diri!! nsyaAllah… ameeen..

keep on trying....!!!

Sesiapa yang melakukan kejahatan, nescaya akan diberikan pembalasan dengan kejahatan itu dan tidak mendapat pelindung dan tidak (pula) menolong baginya selain Allah.� (Surah al-Nisa� 4:123)

�Dan tidaklah seseorang membuat dosa kemudaratannya kembali kepada dirinya sendiri; dan seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain.� (Surah al-An`am 6:164)

 

�Dan kamu pula tidak dianggap berdosa dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi (yang dianggap berdosa itu ialah perbuatan) yang disengajakan oleh hati kamu melakukannya.� (Surah al-Ahzab 33:5)

 

Allah sememangnya mengasihi dan mencintai hamba-hamba-Nya yang sentiasa bertaubat dan berusaha menjauhi dosa. Dengan bertaubat dan berusaha dengan apa cara jua pun untuk menjauhi maksiat serta meninggalkan dosa yang pernah dilakukan, akan menjadikan seseorang hamba yang lebih baik daripada sebelumnya. Malah ia juga akan menjadi seorang insan yang sentiasa berhati-hati dalam tindakannya. Jiwanya lebih suci, hatinya sentiasa cenderung kepada kebaikan dan hidupnya lebih terarah menuju cita-cita yang diredai Allah.


Fudalah ibn `Ubaid berkata, �Rasulullah s.a.w. bersabda ketika haji wida�, Mahukah kamu jika aku beritahu tentang mukmin?

 

� Mukmin ialah orang yang manusia lain amanahkan harta dan diri mereka kepadanya (orang lain berasa aman daripada gangguan terhadap harta dan diri mereka). Muslim ialah orang yang manusia lain terselamat daripada lidah serta tangannya. Manakala Mujahid ialah orang yang dapat menundukkan nafsunya untuk sentiasa taat kepada Allah Ta�ala sementara Muhajir pula ialah orang yang meninggalkan semua dosa dan kesilapan (yang telah dilakukannya).�

 

Walau bagaimanapun, seperkara yang perlu kita ingat ialah kita perlu istiqamah dalam usaha kita untuk meninggalkan dosa. Dengan kata-kata lain, kita perlu benar-benar ikhlas dalam bertaubat, benar-benar menyedari kesilapan yang telah dilakukan dan benar-benar berazam untuk tidak melakukannya lagi.

 

Ingatlah bahawa Nabi Adam diterima taubatnya kerana lima perkara dan iblis tidak diterima taubatnya, juga kerana lima perkara.


Nabi Adam a.s. mengakui dosanya, menyesali perbuatannya, menyalahkan dirinya, segera bertaubat dan tidak putus harapan daripada rahmat Allah. Manakala iblis pula tidak mengakui dosanya, tidak menyesali perbuatannya, tidak mencela dirinya, tidak segera bertaubat dan putus harapan terhadap rahmat Allah s.w.t.

 

Dalam sebuah Hadith yang dikeluarkan oleh Abu Daud dan Ibn Majah daripada Ibn `Abbas disebutkan,

 

�Sesiapa yang selalu memohon ampun (beristighfar), Allah akan menjadikan setiap kegelisahan penyelesaian baginya dan setiap kesempitan, jalan keluar dan mengurniakan rezeki (daripada sumber) yang tidak disangka-sangka.�


Abu al-Qasim al-Hakim pernah ditanya, �Adakah dosa yang dapat mencabut atau menghancurkan iman seseorang?

� Jawab beliau,

�Ya, ada tiga perkara yang boleh mencabut iman seseorang hamba.

 

Pertama, tidak bersyukur atas nikmat Islam. Kedua, tidak berasa bimbang hilangnya iman dan ketiga, menganiayai orang Islam.�

 

Mu’min sentiasa memanfaatkan segala nikmat dan peluang yang dikurniakan Allah kepadanya untuk meneguhkan peribadinya. Ini kerana, ia meyakini bahawa selain ilmu yang dimiliki, ketaqwaannya menentukan ketinggian peribadinya di sisi Allah.

Imam al-Syafi�e pernah berkata,

Demi Allah, keperibadian seorang pemuda ialah dengan ilmu dan taqwa. Apabila tiada ilmu dan taqwanya maka tiadalah lagi keperibadiannya.�

 

Selain itu, Mukmin ini juga akan sentiasa mengambil pengajaran terhadap semua perkara yang berlaku di sekelilingnya. Umpamanya, musibah yang menimpa seseorang akibat dosa, kemungkaran dan kezaliman yang dilakukannya. Hamba Allah yang mulia ini tidak mudah menghina, memandang rendah terhadap individu tersebut malah akan segera mengingatkan dirinya sendiri agar berhati-hati dalam semua tindakannya selain memohon perlindungan serta petunjuk Allah s.w.t. serta menanamkan perasaan cinta dalam diri terhadap semua bentuk kebaikan.

Ia turut mengingatkan dirinya bahawa sebagai manusia, ia tidak mempunyai jaminan penuh bahawa ia tidak mungkin sama sekali melakukan kesalahan dan dosa yang dilakukannya.

Saiyiddina `Umar r.a. berkata, Cukuplah bagi seseorang (dianggap) tersesat jika ia melakukan tiga perkara. Mencela perbuatan orang lain padahal ia turut melakukannya. Ia nampak kesalahan orang lain tetapi tidak nampak diri sendiri dan ia mengganggu sahabatnya dengan perbuatan yang tidak penting bagi dirinya.�

 

Sebagai penutup atau kesimpulan, marilah kita sama-sama renungkan sebuah Hadith daripada Rasulullah s.a.w. ini. Dalam Hadith ini, dijelaskan bagaimana hebatnya kemurkaan dan seksaan Allah terhadap dosa yang dilakukan hamba-Nya. Semuanya ini sebagai peringatan kepada kita semua..

naudzubillahimindzalik..

Antara isi kandungan suhuf kurniaan Allah s.w.t. ialah sepuluh bahagian.

Pertama,

Wahai Musa, Jangan menyekutukan Aku dengan sesuatu apapun sebab Aku telah memutuskan bahawa api neraka akan menyambar muka orang Musyrikin (yang menyekutukan Allah). Taatilah Aku dan kedua-dua ibu bapamu, nescaya Aku memelihara kamu daripada bahaya serta Aku lanjutkan usiamu dan Aku hidupkan kamu dengan penghidupan yang baik, kemudian aku pindahkan kamu ke alam yang lebih baik. Jangan membunuh jiwa yang Aku haramkan kecuali dengan hak nescaya menjadi sempit bagi kamu dunia yang luas dan langit dengan semua penjurunya dan bersumpah dengan nama-Ku dalam dusta atau durhaka sebab Aku tidak akan membersihkan orang yang tidak menyucikan Aku dan tidak mengagungkan nama-nama-Ku. Jangan berasa iri hati terhadap apa yang Ku kurniakan kepada manusia kerana pendengki itu merupakan musuh terhadap nikmat-Ku, menolak akan kembali kamu dengan kemurkaan-Ku di dalam api neraka. Jangan kehendak-Ku, membenci pembahagian yang Ku buat terhadap hamba-hamba-Ku dan sesiapa yang tidak menjauhi sifat iri atau dengki itu maka ia bukan daripada-Ku. Jangan menjadi saksi terhadap apa yang tidak kamu ketahui dengan benar-benar dan kamu ingati dengan akal serta perasaanmu sebab Aku menuntut saksi-saksi itu dengan teliti atau persaksian mereka.

Jangan mencuri dan jangan berzina dengan isteri jiranmu nescaya Aku hijab wajah-Ku daripada kamu dan Aku tutup pintu-pintu langit daripada kamu. Jangan menyembelih binatang korban untuk yang selain daripada-Ku, sesungguhnya Aku tidak menerima korban kecuali yang disebut nama-Ku dan (disertai niat) ikhlas untuk-Ku. Cintailah sesama manusia apa yang kamu sukai untuk diri kamu sendiri dan luangkan hari Sabtu hanya untuk beribadat kepada-Ku. Demikian pula hiburkanlah ahli keluargamu.�


source:

http://www.ikim.gov.my/v5/index.php?lg=1&opt=com_article&grp=2&sec=&key=687&cmd=resetall

insan berdosa & bertaubat by Wan Roslili Bt. Abd. Majid
Pegawai Penyelidik IKIM

C&P

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s