selamat datang 2011!

welcome 2011

assalamua’alaikum wbt..

 

kesibukan memang terasa di hari-hari kebelakangan ini..

 

urusan persekolahan kembali bermula setelah hampir 2bulan dalam percutian… uhh2.. pendaftaran kolej & penghantaran anak2 ke asrama.. terlebih bagi yang tinggal di luar kawasan pengajian dan tidak mendapat kemudahan asrama dalaman kerana terhad.. itulah perkara yang baru saya pelajari semasa menghantar anak ke kampus semalam..

 

saya bayangkan kesulitan pelajar2 yang terpaksa duduk di luar kerana kekurangan infrastruktur di kawasan sekitar kampus yang baru diterokai… bilangan rumah sewa yang sedikit dan jauh daripada kelas; kesukaran kemudahan perhubungan & pengangkutan awam dan gerai-gerai makanan…

 

saya sendiri tidak pasti apakah saya akan gagah berdiri jika sendiri berada di posisi tersebut .. namun saya harap anak-anak watan kita akan menyahuti cabaran ini penuh responsibiliti dan tegar hadapi halangan…jiwa muda tentunya masih gagah-belia tentangi rintangan, bukan? semoga kalian tabah menghadapi suasana demi masa hadapan yang gemilang…!! ameeen…

 

hidup adalah GERAK, dan gerak itulah MAJU! ~Buya Hamka~

kepayahan kita di zaman moden ini meskipun sedikit sulit tapi masih boleh diuruskan lagi…insyaAllah… teringat pada bicara Pak Haniff -kemanakan Buya Hamka sewaktu kunjungan ke rumahnya yang menghadap danau M dahulu; Buya Hamka telah berani mengambil risiko berkelana berjalankaki yang jauh dengan bekal yang amat sedikit – semata-mata untuk menuntut ilmu pengetahuan; sehingga berjaya menginjakkan kakinya ke Mekah… ketabahan & ketekunan menimba ilmu amat diperhatinkan sehingga tersohor namanya di nusantara..

Pak Hanif @ kemanakan Pak Hamka

 

 

begitu juga jika kita selusuri liku perjuangan Prof. Dr. Sidek Baba yang sanggup menduduki H.S.C. nya hampir sepuluh kali semata ingin mengangkat martabat diri & ummah dengan keutuhan ilmu… sanggup ia berbasikal setiap hari berpuluh batu untuk belajar sekalipun dihina kerana kekurangan dan kepicikan sikap guru2nya yang tidak menyelami  permasalahan murid2nya..

 

naudzubillah…

 

adalah menjadi harapan setiap ibubapa melihat anak2nya berjaya di dunia & di akhirat dengan ilmu yang bakal meningkatkan iman & taqwa kepada Penciptanya dan semoga zuriatnya sentiasa mensyukuri nikmat & berusaha seterdaya untuk memenuhi impian anak2 solehiin..

ameeen..

 

salaam perjuangan buat kalian, anak2 tercinta!

 

wassalaam…

kalau x dipecahkan ruyung,

manakan dapat sagunya..??

welcome 2011

keep moving…

there’s no limit

to what

one can achieve!!


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s