tazkirah menyubur iman selepas bersih’..(c&p)

keep on trying....!!!

SUKAR KEKAL BERIBADAT SELEPAS BALIK

DARI TANAH SUCI

Semangat dalaman atau lebih tepat dinamakan sebagai iman ini memerlukan empat perkara bagi memastikan kesinambungannya secara sihat. Jika diumpamakan sebagai pokok, ternyata ia memerlukan beberapa elemen bagi menjamin kesuburannya.
Kalangan ulama aqidah, contohnya Prof Naeim Yaasin, dari Universiti Amman, Jordan, dalam kitabnya al-Islam, menjelaskan kalangan ulama islam menetapkan empat perkara yang menduduki baja atau pun air untuk menyuburkan ‘Pokok Keimanan” iaitu :

1) Ilmu 2) Amal 3) Zikir 4) Fikir

Bertitik tolak daripada itu, jemaah dapat membuat kesimpulan bahawa sesungguhnya melakukan ibadat hanya akan berlaku apabila seseorang itu mengambil berat keempat-empat perkara ini.
Ambillah kesempatan untuk hadir ke majlis ilmu selalu. Selain itu Muslim hendaklah mendampingi ahli ilmu yang ikhlas.
Nabi SAW bersabda dalam sebuah hadis, maksudnya:
” Sesiapa dikehendaki Allah SWT bagi kebaikan, maka dia akan menjadikannya memahami urusan agamanya ” ( Riwayat al Bukhari dari Mu’awiyah).

Setiap individu juga dituntut untuk mengamalkan wirid dan zikir yang tertentu sekurang-kurangnya selepas setiap solat kerana ia juga mampu memberikan kita kekuatan dan menjadi benteng untuk mengelak daripada melakukan maksiat. Jiwa yang kosong akan mudah disii oleh sifat mazmumah. Dengan sebab itu mengelakkan hati dari kekosongan kita dituntut mengamalkan zikir secara istiqamah.
( Kitab Jamik al Ulum wal Hikam oleh Ibn Rajab al Hambali bahawa Umar Ab Aziz berkata )
Keperluan kita kepada zikrullah menyamai keperluan ikan kepada air. seperti ikan yang akan mati tanpa air, demikian juga hati akan mati tanpa zikrullah.
( Ibnul Qayyim dalam kitabnya al Wabil al Sayyib )

Membanyakkan berfikir ataupun bertafakur yang dimaksudkan ini adalah berfikir mengenai kekuasaan ALLAH SWT dan rahmatNya agar terbit dalam diri perasaan syukur.
Tulisan ini adalah sebahagian petikan dari BERITA MINGGU 2 Ogos 2009 – Ruangan Persoalan Agama bersama UST ZAHAZAN MOHAMAD -Pensyarah UIAM

 

source : muslimintravel.blogspot.com (c&p)

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s