atasi migrain / sakit kepala menurut kaedah perubatan Islam

menurut ust.Dr. Harun Din

MIGRAIN atau sakit kepala yang disahkan oleh doktor boleh dirawat dengan pelbagai kaedah.

Pertama, cubalah dengan memakan ubat ubatan yang dinasihatkan oleh doktor mengikut rawatan secara klinik.

Tetapi boleh dicuba dengan rawatannya melalui amalan dengan membacakan doa doa tertentu dengan menggunakan sedikit air.

Amalan ini elok dijalankan selepas solat Zuhur. Adalah lebih mujarab sekiranya air yang digunakan ialah air zam zam tetapi sekiranya tiada bolehlah digunakan air biasa.

Doanya ialah membaca Al-Fatihah dan kemudian membaca ayat ke 19 dalam surah Al-Waqieah dengan diulangi sebanyak tujuh kali.

Pegang kepala dengan dua belah tangan dan setiap kali (daripada tujuh kali ) selesai membacanya, picitlah kepala dan apabila tiba kali ketujuh picitlah secara isyarat seolah olah membuang penyakit itu daripada kepala.

Kemudian pegang semula kepala dan bacalah Selawat Nabi (sebaik baiknya Selawat Syifa’ tetapi boleh juga dibacakan Selawat Tahyat)

Air yang di doakan tadi hendaklah diminum dan disapukan di kepala hingga basah kuyup.

Setelah dibasahkan rambut hingga kuyup, berbaringlah dengan selesa hingga kering air di kepala dan sepanjang berbaring itu banyaklah berzikir kepada Allah. Sebaik baik zikir ialah tasbih Nabi Yunus semasa berada di dalam perut ikan. Lailahaillaanta … (Mingguan Malaysia Ahad 22 Januari 1995  (m/s 14))  

Source: c&p (copied & pasted)

HPP BAROKAH FRIDAY!!

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s