salam takziah buat keluarga c’ngah..

innaalillahi wainnaa ilaihi rajiuun….

masya Allah… saya baru saja dikejutkan di atas berita kepulangan abang c’ngah yang baru seminggu dilawati di sebuah pusat rawatan alternatif mengikut sunnah di sg. buluh! Beliau mengidap kanser pparu tahap 4!

Allahyarham Abang Deen telah dijemput meninggal dunia pada  khamis jam 11malam  Jumaat  …subhanaAllah…beliau nsyaAllah akan dikebumikan di Sg. Besi sebelum solat Jumaat… sedang mencecah usia 55tahun… ya, memang mati tidak mengenal usia dan sakit juga tidak memilih sesiapa…

apa yang buat saya terkedu dan mengucap syukur kerana deritanya berakhir di Jumaat terpilih ini, dalam suasana yang agak bersedia kerana arwah telah berusaha seterdayanya melawan penyakitnya dan redha dengan ketentuanNya... hanya sekali itulah pertemuan saya dengan Abang Deen tapi masih saya nampak keceriaan di wajahnya kelmarin… dia masih duduk di birai katil sambil menunduk memaut kerusi kerana masalah pernafasan… saya diberitahu oleh perawatnya  bahawa sehari-dua sebelum kedatangan kami, pernah dia tidak boleh baring dan terpaksa 24jam berteleku di birai katil dengan bertahankan tangan di kerusi… lahawlawala……adzim..

tahap 4 adalah antara final stage yang kritikal dan menunggu masa tapi saya percaya kesungguhan arwah untuk melawan penyakitnya yang kronik itu masih boleh bertahan lagi; kecuali mati! Ianya suatu ketentuan dan semua kita pasti melaluinya jua… Alhamdulillah, abang Deen telah berjaya melaluinya dan semoga Allah menganjarinya dengan balasan terlebih baik lagi dan menempatkannya di kalangan hambaNya yang solehin; diampuni, dirahmati bersama mereka yang dikasihinya….

irhamnaa, ya Rabb…. ameeen…

 

…………………………….

sekalipun baru pertama kali bersua,

di matamu masih berkaca ceria tanda pengharapan

di jasadmu kulihat derita yang bersangatan

di hatiku terpana oleh ketabahanmu si insan pilihan..


ingin kusapa sukarmu tapi tidak terkeluarkan,

hanya doa yang bisa diiringkan;

‘perkasalah dikau bersama keampunan & rahmat Tuhan

semoga dikau di kalangan hamba pilihan –

yang selalu dalam keridhaan Tuhan!!!

 

perkenankanlah , oh Tuhan..

 


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s