masya Allah, dah masuk sya’ban hari ni ye? pejam-celik 2x..sebulan rejab telahpun berlalu…(dalam maluku…uhh2!!) sedihnya….bukan kerana tidak gembira dengan kehadiran sya’ban
tapi sayu kerana telah kehilangan rejab yang pergi….
bulan mi’raj Rasulullah s.a.w. dan mi’raj juga bagi umat Islam kerana tuntutan so;at sebagai intipati ibadah…!!
bonus buat kekasih Allah kerana dijemput sendiri bertemuNya selepas tahun kesedihan kehilangan insan2 tercinta…. sehingga selepasnya, tiadalah kecintaan baginda s.a.w. selain ditemunya terus melalui solat….
mengadap DIA yang Maha Mengasihi lagi Maha Pemurah….
lagi Maha Mendengar dan Amat Penyantun…
lagi Maha Belas…
Subhanallah…
sabtu malam ahad lepas, sempat mengikuti forum perdana ehwal islam di masjid negeri shah alam di pertengahan ceramah sahaja kerana beberapa hal yang tidak terelakkan…
forum berkenaan hal isra’ mi’raj bersama ustaz Hj.Abd.Ghani Shamsuddin dan Dato’Hashim Yahaya, dan moderatornya – Dato’ Hassan Ali...
alhamdulillah, kesemuanya my favs sejak dolu lagi sebelum mereka digam’ daripada media perdana… alhamdulillah, sejak pkr mengambil-alih kerajaan negeri Selangor –
agak mudah kami2 di sini untuk mengikuti pelbagai ceramah di kebanyakan ruang yang dolu’ ibarat mimpi sahaja untuk dimasuki seperti Stadium Melawati dsb. alhamdulillah… tahniah buat pengundi aliran alternatif!
sebenarnya, forum perdana tersebut di atas merupakan aktiviti bersiri yang diadakan di Masjid Shah Alam pada setiap sabtu malam ahad/minggu ke-dua di setiap bulan!
haha…baru saja ku ketahui info tadi setelah melayari web masjid shah alam semalam..
ada beberapa program mega mengimarakkan masjid negeri lagi di setiap sabtu/ahad setiap minggu
di situ…
u all klik je untuk updated info, k?
istimewanya; sewaktu mengikuti ceramah isra’ mi’raj di masjid negeri shah alam, kenangan sewaktu menghayati isra’ mi’raj 1988 di tapak expo ayer keroh, melaka masih terngiang di kepala! huhu… penceramah jemputannya adalah Dato’ Hassan Ali dan Dato’ Sidek Baba... both were excellent speakers malam rahmat tu.. insyaAllah… bercakap soal masyarakat madani yang diacukan oleh didikan Rasulullah s.a.w.
– kisah alzanzalah yang dimandikan para malaikat;
penekanan soal solat sebagai tiang agama – yang tiadakan gugur kewajipannya meski terlantar sakit teruk – selagi dapat membezakan/waras;
kisah rasuah
dan amanah
– bandingan sikap non-muslim yang amanah (pengalaman Dato’ Hassan Ali tercicir barang
di sebuah hotel di Jepun)….
(antara kisah2 yang masih jelas points & mesejnya!! nsyaAllah…)
saya amat bersetuju dengan points tentang
pembahagian masa sepatutnya oleh setiap muslim oleh ustaz hj. abd. ghani shamsuddin kelmarin;
iaitu setiap sukunya untuk –
1. muhasabah diri
2. munajat kepada Allah
3.memikirkan tentang kejadian alam ini
4.mencari rezeki untuk kehalalan hidup ini..
…………………..
alangkah alphanya diri di kala ini sedang bekalan akhirat yang abadi tidak dicari lagi…
sedang dunia menuju binasa sahaja masanya…
dengan sekali tiupan sangkakala
dan malaikat maut mahu mencabut nyawa –
apakah mampu menyebut kalimah syahadah sebagai penyudah??
irhamnaa, ya Rabb..
sesungguhnya gerunku tak sudah
nafsuku membocah;
namun kurniakanlah nafsu al-muthmainnah’…
yang Engkau ridha!!
ampunilah segala dosa wahai Tuhan Yang Maha Pengampun lagi Amat Pemurah!!!
irhamnaa, ya Haliim..
ameeen…
smile…

‘ikutilah ilmu dengan menuliskannya….’.
…..wallahu’alam….