ilmu itu nur ilahi

catatan ini sebahagian dari kisah silam yang masih berkesan di hati….sebuah pengalaman diri yang masih amat dihargai..pengajaran kepada bab kasih-sayang yang tulus, kemanusiaan dan pengorbanan!! detik ini, tatkala usia meningkat hampir separuh abad, mempunyai 3pasang cahayamata yang meningkat remaja dan ‘silver’ di kepala; Alhamdulillah, bersyukur sekali kerana masih mempunyai daya ingatan yang masih terang dan mengingati beberapa peristiwa & kebanyakan nama yang orang lain telah lupai ataupun sukar nak gambarkan…

hal sedemikian bukanlah baru berulang semalam tapi telah acapkali ditekankan sebelum ini… petang kelmarin, selepas selesai urusan pendaftaran untuk kelas ‘driving school’ di kawasan kejiranan kami, sengaja kuduga memori klong bila mengajaknya ke rumah bekas kawan sekelas di SRA – anak tunggal !! pernah sekali-dua dahulu sebelum zaman menengah mereka saling berkunjungan…klong sebenarnya tidak berapa ingat nama kawannya itu dan selepas kunyatakan baru dia mula mengingatinya..namun dia telah terlupa alamatnya!!

haha..mujurlah pernah kujemput klong beraya di sana dahulu; tapi masih dapat mengagak areanya…insyaAllah.. mana boleh lupa kerana umah lawo ala bali tuh.. agak antik!! berlainan dan jauh panggang dari api dengan kondisi umah kami… malu….

hee…tapi malangnya teman lama klong tiada di rumah kerana sambung belajar @ mungkin telah berpindah ke utara menurut penyewa ( mungkin) yang sedang meyiram gardennya!! huhu…

di kawasan berhampiran kedai driving school itu jugalah tempat tuisyen upsr klong yang dipimpin oleh seorang NGO..kenalan suami di uK dahulu yang menemani isterinya belajar – seorang doktor pakar jika tak silap! malangnya sewaktu di rantau orang dahulu, salah-seorang anaknya telah ditakdirkan kemalangan; dilanggar trailer pemabuk asenya..innalillahi wainnaa ilaihi rajiun… biarpun mendapat pampasan insuran yang tinggi tak serupa keadaan anaknya yang bijak sebelum ini.. lama koma dan cacat tubuh badan tapi agak boleh mengurus diri sendiri di masa ini…alhamdulillah…

begitulah kisah (anak) cikgu tuisyen klong tapi malangnya dia juga telah terlupa namanya!! phuuh…puas jugak mengingatnya lalu kutanyakan kepada suami…hah, pun tak ingat sama… alhamdulillah, akhirnya terpacul jugak nama cikgu itu dari bibirku.. syukurlah.. masih kuingat rentetan peristiwa lalu yang mungkin sukar buat lelain…

teringat kisah-kisah tentang memori ni semasa baru mendapat khabar tentang kengkawan lama di fb, haha…ada yang menyangka aku termakan kismis’ over dose tuh sobab masih clear g ingatan…. haha…
wallahu’alam…

sebenarnya, bukan masalah makanan cergas minda yang ku amalkan kerana memang agak perit kalau nampak aku follow such instructions hatta ubat DT sekalipun….selalu terlupa makannya…huhu…

tapi sebagai saranan buat DIRI SENDIRI, semua anakanda tercinta dll yang berhajat kepada kuatnya daya ingatan hendaklah berusaha selalu untuk terus berusaha berikhtiar mencerahkan hati terlebih dahulu kerana lampu memori yang benderang kerana kalamullah dan zikrullah…. ilmu yang berkat lagi benar dan kuat ingatannya kerana taqwa – JAGALAH HATI JANGAN DIHITAMINYA DENGAN DOSA PANCAINDERA – organ deria kita yang dipinjamkan – segalanya bakal ditanya nanti ke arah mana kita gunakan ; apakah untuk kebaikan ataupun ke arah melalaikan/maksiat?? NAUDZUBILLAHI MIN DZALIK…

inilah fenomena Hati’ yang sering berbolak-balik dan bergegar arasy dengan maksiatnya…

irhamnaa ya Mukminuu… kurniakanlah kami hati yang sejahtera lagi diredha yang Engkau jaga!! sesungguhnya diri ini amat kerdil untuk bangun tanpa Kau pimpini…hidayahkan jalan lurusMu yang akan kami pegang hingga kembali bertemuMu dalam ampunan dan rahmat!! irhamnaa ya Rabb..

well, actually ada lagi hints berkaitan cergas minda ni tapi mungkin disambung di episod lain kerana keburuan waktu…

hopefully, my dear readers ‘ll enjoy this section …would u share yours??
pl.do leave ur comment/condemn whatsoever..,k?

” value every moment when u cry so that u can count too, your truly smile!! ”

thanx 4 coming

wassalam…

irhamnaa...ya RAbb..

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s