peranan hati….

Aset terpenting yang ditelek sebelum diterima amalan hanyalah hati yang bersih…niat lillahi ta’ala..

semoga kita selalu memperhatikan soal hati kerana hati yang paling dikasihi Allah hanyalah hati yang bersih dalam pegangannya dan  lembut terhadap saudaranya……

……ikhlas dalam amalannya...

‘apakah hati kita telah cukup selamat untuk menemuiNya?’

‘layakkah kita mendapat ridhaNya…???’

 

DOA AGAR DIKURNIAKAN KEAMPUNAN, HIDAYAH, REZEKI DAN KESELAMATAN


اللهُمَّ اغْفِرْلِي، واهْدِنـِي، وَارْزُقْنِي، وَ عَافِنـِي، أَعُوذُ بِاللَّـهِ مِنْ ضِيقِ الْمَقَامِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ.

“Ya Allah , ampunilah aku, berilah hidayah padaku, anugerahkanlah aku dengan rezki, berilah afiat kepadaku, aku mohon perlindunganMu dari kesempitan tempat berdiri di hari akhirat kelak.


DOA MEMOHON HATI YANG BERSIH

اللَّّـهُمَّ إنِّي أَعُوذُبِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالكَسَلِ، وَاْلجُبْـنِ وَالبُخْلِ، وَالهَرَمِ، وَعَذَابِ الْقَـبْرِ، اللَّّـهُمَّ آتِ نَفْسِي تَقْوَاهَا، وَزَكِّهَا أَنْتَ خَيْرُ مَنْ زَكَّاهَا، أَنْتَ وَلِيـُّهَا وَمَولاهَا، اللَّّـهُمَّ إِنِّي أَعُوذُبِكَ مِنْ عِلْمٍ لا يَنْفَعُ، وَمِنْ قَلْبٍ لا يَخْشَعُ، وَمِنْ نَفْسٍ لا تَشْبَعُ، وَمِنْ دَعْوَةٍ لا يُسْتَجَابُ لَهَا

“Allohumma inni a’uudzu buka minal ‘ajzi wal kasali wal jubni wal bukhli wal haromi wa ‘adzaabal qobri. Allohumma aati nafsii taqwaahaa wa zakkihaa, anta khoiru man zakkaahaa. Anta waliyyuhaa wa maulaahaa. Allhomma innii a’uudzu bika min ‘ilmin laa yanfa’u wa min qolbin laa yakhsya’u wa min nafsin laa tasyba’u wa min da’watin laa yustajaabu lahaa.”

maksudnya:

“Ya Allah, sesungguhnya kami memohon perlindunganMu dari kelemahan, kemalasan, sifat pengecut, kedekut, nyanyuk dan azab qubur. Ya Allah, berikanlah ketaqwaan kepadaku dan sucikanlah ia, kerana Engkaulah sebaik-baik Tuhan yang menyucikan , Engkau pelindung dan memeliharanya. Ya Allah, aku memohon perlindunganMu dari ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk , nafsu yang tidak puas dan doa yang tidak dikabulkan “.


DOA AGAR DIBERI KEKUATAN UNTUK SENTIASA BERZIKIR, SYUKUR DAN TAAT


اللَّـهُمَّ أعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ، وَشُكْرِكَ، وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ

 Ya Allah, tolonglah aku agar dapat berzikir kepadaMu, bersyukur kepadaMu, dan memperelokkan ibadah kepadaMu ..

SOURCE:

http://www.al-bakriah.com.my/index.php?option=com_content&view=article&id=161:doa-daripada-hadis-nabi-saw&catid=12:doa&Itemid=30&Itemid=1



hati yang baik anugerah Allah kepada hamba pilihanNya;

bukan mustahil dicapai tapi sentiasa berbolak-balik:

mesti selalu berusaha mensucikannya…

berbahagialah hati yang hidup – meski tercalit ingin kembali terus menggilapnya…

sekalipun jatuh terus merangkak mengutipnya;

betapapun tercela tidak putus-asa mengharap & berkekalan dalam memperbaikinya…

hidupkan hati dengan muhasabah, bajainya dengan zikrullah – sirami ia dengan doa & taqwa

irhamnaa ya Rabb….

ameeen…


salam mujahadah…



Published by p2sttjspm80

: menjejaki kenalan lama @ sttj ~ p2sttj...where it all begins.... ( if u really care, u'll write n say!! ) smile...

2 thoughts on “peranan hati….

Leave a comment