penjagaan diri…

 

 

ayat2 manzil :

Manzil adalah kumpulan beberapa ayat yang mempunyai makna dan khasiat yang sangat mustajab jika diamalkan dengan penuh tawajjuh oleh pengamalnya dengan niat untuk menghindari diri dari gangguan sihir, malapetaka buruk,penyakit2 kronik dan sebagainya.

menurut susunan yang terdapat dalam ayat2 manzil karangan Maulana Muhammad Zakaria mengandungi ayat2 berikut:-

[1] al-Fatihah

[2] 5 ayat pertama surah al-Baqarah.

[3] ayat 163 & 164 surah al-Baqarah

[4] Ayat al-Kursi (al-Baqarah ayat 255).

[5] 3 ayat terakhir surah al-Baqarah.(284-286)

[6] ayat 18 surah `Ali Imran

[7] ayat 26 dan 27 surah ‘Ali Imran

[8] ayat 54-56 surah al-A’raaf

[9] ayat 110-111 dari surah al-isyra

[10] ayat 115-118 surah al-Mukminun

[11] ayat 1-11 dari surah as-saffat

[12] ayat 33-40 surah ar-Rahman

[13]ayat 21-24 dari surah al-Hasyr.

[14] ayat 1-4 dari surah al-jin

[15] surah al-kafirun

[16] surah al-Ikhlas
[17] surah al-Falaq

[18] surah al-Nas

Pengarang : Maulana Muhammad Zakaria.

ISBN 983-099-718-9

Belilah secara online di Syarikat jaafar rawas . Harga cuma RM2

 

SELAMAT MEMBACA & BERAMAL ~

wasiat Rasulullah saw kepada Ibnu Abbas:
Apabila anda bermohon,maka bermohonlah kepada Allah.Dan apabila anda minta pertolongan maka mintalah kepada Allah.Dan ketahuilah bahawa segala makhluk seandainya bersusah-payah mereka untuk membantu anda dengan sesuatu yg tidak dituliskan Allah untuk anda,pasti mereka tidak akan sanggup atas demikian.Dan seandainya jikalau sekalian makhluk ingin memudharatkan anda dengan sesuatu di mana tidak dituliskan Allah buat anda,pasti juga mereka tidak sanggup.Segala buku telah terlipat dan segala pena telah kering.

 

 

(c&P)pendinding diri:

 

 

pendinding 1 : ayat penggerak

 

Rasulullah saw mengajar kita supaya membaca ayat ini sebanyak 3 kali pada waktu pagi dan 3 kali pada waktu petang supaya terhindar dari kemudharatan sepanjang hari tersebut..

 

 

pendinding 2 : amalan sebelum tidur

 

berdoa sebelum tidur:

 

 

 

Basmalah (21 kali)

 

al-Fatihah (1 kali)

 

ayat Qursi (1 kali)

 

al-Baqarah (ayat 285-286)

 

al-ikhlas,al-falaq dan an-nas (3 kali)

 

*ayat Qursi dan surah 3 Qul elok juga diamalkan setiap kali

selepas solat fardhu..

 

#pendinding 3 : ayat 7 (ayat munjiyat)

menurut Ka’bu al-akhbar :

Barangsiapa membacanya maka tidak akan berupaya seseorang untuk memberi sebarang mudharat dan sekiranya bumi ini tertutup oleh langit nescaya akan lepaslah dengan izin Allah swt.

ayat-ayat munjiyat (sila rujuk Al-Quran) :

 

  • surah at-Taubah (ayat 51)
  • surah Yunus (ayat 107)
  • surah Hud (ayat 6)
  • surah Hud (ayat 56)
  • surah al-Ankabut (ayat 60)
  • surah Fathir (ayat 2)
  • surah az-Zumar (ayat 38)

#ketujuh-tujuh ayat di atas hendaklah dibaca 1 kali selepas Subuh dan 1 kali selepas Maghrib..

 

 

pendinding 4 : Ayat Qursi (al-Baqarah : ayat 255)

amalan membina pendinding daripada Ayat Qursi ini diambil dari buku yg bertajuk “Senjata Mukmin”..bolehlah diamalkan amalan ini setiap malam bagi sesiapa yg rajin dan berminat..

 

 

caranya:

 

1-baca ayat Qursi ke-I dan makrifatkan (bayangkan) rumah,diri dan keluarga anda dilingkungi “benteng besi yg kukuh” di sebelah bawah (lantai).
2-baca ayat Qursi ke-II dan makrifatkan rumah,diri dan keluarga anda dilingkungi “benteng besi yg kukuh” di sebelah kanan.
3-baca ayat Qursi ke-III dan makrifatkan rumah,diri dan keluarga anda dilingkungi “benteng besi yg kukuh” di sebelah kiri.
4-baca ayat Qursi ke-IV dan makrifatkan rumah,diri dan keluarga anda dilingkungi “benteng besi yg kukuh” di sebelah atas (atap).
5-baca ayat Qursi ke-V dan makrifatkan rumah,diri dan keluarga anda dilingkungi “benteng besi yg kukuh” di sebelah hadapan.
6-baca ayat Qursi ke-VI dan makrifatkan rumah,diri dan keluarga anda dilingkungi “benteng besi yg kukuh” di sebelah belakang.
7-baca ayat Qursi ke-VII dan makrifatkan seolah-olah rumah,diri dan keluarga anda berada di dalam “benteng besi yg kukuh” sehingga tiada suatu apa pun yg boleh menembusinya dengan izin Allah swt.

 

 

*semasa membaca ayat Qursi eloklah di dalam keadaan berwudhu’ dan dihayati maksud ayat tersebut dengan baik..

 

sumber:

http://azreenjalil.blogspot.com/2010/09/pendinding-diri.html

 

 

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s