ego n sombong….jauhilah…

apa reaksi  bila ditegur dengan ikhlas oleh mereka yang rapat dengan kita?

adakah kita hanya tahu melenting kerana si teman itu lebih rendah kedudukannya di mata masyarakat berbanding kita..?

patutkah kita mengutuk kelemahan teman  semata memikirkan diri terlebih bagus daripada orang yang berterus-terang mengkritik kita?

*si teman memang tulus memperingatkan tentang kekurangan betapapun kita membencinya; bertujuan untuk mempertingkatkan kebaikan kita;  bukan untuk menjatuhkan kita!!*

jika sirah Nabi Muhammad s.a.w. adalah benar ikutan kita;


hormatilah orang yang ikhlas menyampaikan kekurangan kita dengan dada terbuka tanpa meminta apa2; di kala orangramai menabur kata2 manis cuma di bibir sahaja.. betulkah pujian mereka?

hargailah niat baik orang yang bersungguh menyayangi kita, kritikan membina terlebih bermakna daripada sembang2 kosong penuh gelak-tawa…

‘barangkali anda membenci sesuatu, padahal itu baik bagimu…’


bersikap adillah pada diri sendiri & orang di sekeliling yang paling rapat dengan kita daripada orangramai yang ingin memecah-belahkan kedudukan kerana mereka hanya menuding jari tanpa mengetahui secara adil duduk perkara sebenar..

Allah maha adil & mengetahui kelebihan & kekurangan diri;

dicipta sesuatu berpasang-pasangan; hormatilah perbezaan dan hargailah persamaan…

….nescaya Allah maha Penyantun lagi Penunjuk Jalan…

awas!!


siapa lagi yang wajar dipercayai jika bukan ahli sendiri;

siapa pula yang patut dijauhi, jika bukan musuh diri ‘sifat mazhmumah’ dan prejudis ‘musuh dalam selimut’….


nilailah dengan katahati di 1/3 malam:

bukan dengan nafsu ibarat orang tidak berhukum-emosi tak terurus…


biarkan fakta dan kesohihan apa yang dibangkitkan mengisi minda;

bukan cara & orang yang mempersoalkannya…


dengan berbaik-sangka; akan selamatlah lidah bicara

bersama buruk-sangka nescaya hancurlah kubu jiwa!!


sekali orang hilang hormat pada pegangan kita,

selamanya tiada dipandang ilmu ketokohan harta yang empunya…


biar miskin tiada berharta, tapi

jiwa kaya dengan baik-sangka


walau harta banyak tapi kikir,

terlebih baguslah si fakir yang lidah & hatinya penuh zikir!!


tidak hairanlah & memang  patutpun Rasulullah s.a.w. terlebih cinta & memuliakan si miskin dan menjadikan mereka paling dengan beliau di syurga….


‘memadailah Allah sebagai wakil….’


……innalillahi wa inna ilaihi rajiun…..

wastaghfirullah….adzim…


IF U REALLY CARE, U’LL WRITE…


cinta masih ada selama masih ada kritik,

jika kritik telah hilang, cintapun hilang; mustahil ia akan berulang…diundangpun semakin pergi, dirayu tiadakan dipeduli, cukup sekali untuk kesekian kali… takkan bermakna lagi…


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s