mengenai cabutan sijil kelahiran …

CABUTAN SIJIL KELAHIRAN:

Apakah syarat untuk saya membuat cabutan sijil kelahiran ?

Anda perlu mengisi borang JPN.LM12 dengan lengkap dan disertakan dengan dokumen sokongan (asal dan salinan).Pendaftaran kelahiran boleh dibuat di mana-mana Pejabat JPN di seluruh Semenanjung Malaysia.

Boleh juga di buat di mana-mana pusat UTC dengan waktu yang lebih fleksible! (sehingga 10 malam)

Apakah prosedur yang perlu saya lakukan untuk membetulkan kesilapan dalam sijil kelahiran ?

Anda dikehendaki datang ke kaunter JPN dan membawa dokumen sokongan (asal dan salinan) iaitu:
1. Salinan Kad Pengenalan
2. Pasport/Dokumen Pengenalan Diri bagi bukan warganegara
3. Salinan Sijil Kelahiran ( jika ada)

Berapakah bayaran yang perlu dilakukan?

Bayaran permohonan : RM 5.00 sahaja!
[Seksyen 32, Akta 299]

DAFTAR SEMULA (HILANG & MUSNAH):

Apakah syarat untuk saya mendaftar semula kelahiran (akibat hilang @musnah)?

Anda perlu mengisi borang JPN.LM01 dengan lengkap dan disertakan dengan dokumen sokongan (asal dan salinan). Pendaftaran kelahiran boleh dibuat di mana-mana Pejabat JPN di seluruh Semenanjung Malaysia; termasuk juga di UTC!!

Apakah prosedur yang perlu saya lakukan untuk mendaftar semula kelahiran (akibat hilang @ musnah )?

Anda dikehendaki datang ke kaunter JPN dan membawa dokumen sokongan (asal dan salinan) iaitu:
1. Sijil Kelahiran Asal atau salinan fotostat (jika ada)
2. Kad Pengenalan kanak-kanak (jika ada)
3. Kad pengenalan pemohon(jika berkenaan)

Berapakah bayaran yang perlu dilakukan?

Bayaran permohonan adalah PERCUMA!!

[Seksyen 4A, Akta 299]

updated rm5 to rm50!

9 Comments

  1. Assalamualaikum

    Saya mohon penjelasan dari sesiapa pun.. Saya sudah pun berkahwin dgn suami selama 5 tahun dan memiliki 3 cahaya mata. Kesemua anak2 kami warganegara, dijamin oleh saya..

    Masalahnya bermula apabila suami kehilangan dokumen pengenalan diri (ic & sijil lahir) semasa saya sedang mengandung anak pertama kami.. Suami nak bt sijil lahir & ic baru kat jpn, tp pihak jpn memberitahu yang dokumen pengenalan diri suami dimiliki individu lain.. Keluarga suami x dpt dijejaki.. Apa yg harus kami lakukan? Sebab masalah ni bagi effect pada pekerjaan suami dan mcm2 lagi..

    Like

  2. hai saya telah hilang sijil kelahiran 18 tahun lalu.

    saya kini di london ingin memohon pertolongan siapa siapa yang boleh tolong jadi wakil cabutan kelahiran saya.

    saya telah terputus hubungan keluaga saya di malaysia.

    siapa yang sudi menolong boleh email saya: zeryzemry@yahoo.co.uk

    terima kasih

    zul

    Like

  3. Sepengalaman saya, bole je wakilkan – even untuk mohon gantian surat beranak baru sebab yang lama rosak dsb.

    nsyaAllah.

    Cabutan Sijil Lahir


    CABUTAN SIJIL KELAHIRAN

    Permohonan untuk mendapatkan salinan daftar kelahiran oleh pemohon yang berkelayakan dengan bayaran fee yang ditetapkan. Pendaftaran boleh dibuat di mana-mana Pejabat JPN. Permohonan boleh dibuat di Semenanjung Malaysia dan akan dipanjangkan ke Sarawak untuk kelulusan Pendaftar Wilayah.

    Seksyen 26, Ordinan Pendaftaran Kelahiran & Kematian 1951 (Sarawak Cap.10)

    PROSEDUR PERMOHONAN

    Pemohon perlu mengisi Borang XI dengan lengkap berserta dokumen sokongan. Pemaklum mestilah Ibu/bapa kanak-kanak tersebut. Permohonan yang dibuat mestilah permohonan bagi pemilik daftar yang belum dikeluarkan dengan sijil kelahiran/permohonan gantian bagi sijil kelahiran yang rosak/hilang. Permohonan boleh dibuat di Semenanjung Malaysia dan akan dipanjangkan ke Sarawak untuk kelulusan Pendaftar Wilayah.

    DOKUMEN SOKONGAN

    1. Dokumen pengenalan diri ibubapa (jika bukan warganegara)
    2. Dokumen pengenalan diri penjaga (jika bukan warganegara) yang dibuktikan dengan Surat Kebenaran Penjagaan dari JKM
    3. Surat Keizinan oleh ibu bapa kandung yang memberikan kebenaran kepada penjaga untuk membuat permohonan pindaan
    4. Dokumen pengenalan diri pemohon (jika bukan warganegara) yang melebihi 21 tahun
    5. Dokumen lain yang membuktikan kesilapan

    BAYARAN

    · Percuma – Cabutan pertama
    · Tunai RM 5.00 – Cabutan kedua dan seterusnya

    # SEMOGA INFO DI ATAS MEMBANTU! aameeen..

    Like

  4. kad pengenalan saya telah hilang 1995 no:671822 tetapi ada org sudah mengambilnya dn menukar alamat nya..jabatan pendaftaran pn tidak menhirau kn kmi..bagaimana sy selasaikn masalh ini…

    Like

  5. Keperluan Segara – Fasa 1: Kelulusan Pelan Bangunan dari MPK
    Januari 15, 2010 pada 10:21 am (Uncategorized) Tags: derma kilat, jariah, zakat
    Assalamualaikum..
    Semoga anda semua mendapat rahmat dari Allah
    Kami memerlukan sumbangan SEGERA sebanyak RM3,600 untuk urusan kelulusan Pelan Bangunan daripada pihak Majlis Perbandaran Klang. Bayaran ini termasuklah untuk kelulusan Hoarding, Lesen Iklan, Papan Tanda dan yuran pemprosesan Pelan.
    Sila hubungi AJK yang terlibat, SMS kan hajat anda dan kami akan menghubungi anda semula untuk urusan selanjutnya.
    Sama-samalah kita bagunkan syiar Islam di tanahair kita ini. Wassalam, sehingga berjumpa lagi. Surau Al-Qayyum.
    Bandar Armada Putra Pulau Indah 42000 Pelabuhan Klang
    Pengerusi En Saifullizan Hj Mohd Isa 012 6874 385
    Setiausaha En Khaszemi Mohd Yakim 019 3376 927
    Bendahari En. Mohd Riza Mohd Yusoff 012 3080 362
    Sila SMS jika panggilan tidak dijawab. Kami akan menghubungi anda kemudian. Terima Kasih.

    Sumber: http://suraualqayyum.wordpress.com/

    tolong le sekupang dua

    Like

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s