mencari lailatul qadar

assalamualaikum wbt…

kita di perhentian 1/3 terakhir ramadhan yang menjanjikan malam terbaik lailatul qadar’ penuh berkah lagi diburui…

pernahkah anda mengalaminya…?? tentu bertuah jika dikurnia sedemikian… marilah kongsi bersama keunikan malam tersebut jika pernah dianugerahiNya… memang hanya Allah sahaja yang berhak menentukan hamba-hamba bertuah pilihanNya…

kita hanya mesti sentiasa yakin kemurahan dan meluasnya rahmat Allah yang melangkaui sesuatu… saya pernah mendengar kisah pengalaman saudara terdekat yang mengimbau keganjilan malam tersebut di masa bujangannya.. di malam keberkahan tersebut…pokok-pokok tunduk menyembah bumi , malam yang tersangat indah di mana pintu langit terbuka luas dan suasana menyaman lagi mengasyikkan… walhal sidia hanya pemuda kampung yang sederhana .. suka memetik gitar dan menganggotai kumpulan ghazal di sana..

sekarang saudara itu telahpun bersara, gajinya walau tidak seberapa tetapi telah menunaikan haji dan umrah; juga suka bersedekah dan merai tetamu.. agak mengagumkan kemurahan yang disertai ketulusan biarpun sedikit tetapi berterusan…

saya juga berharap jika benar pernah dilewati saat sepertimana tersebut selepas solat isyak yang tetiba kedinginan hingga menggigil kegetaran sedangkan sebelumnya normal sahaja.. semoga.. ameen..

apa yang penting adalah niat dan keinginan suci yang diiringi ketulusan padu semuanya untuk Allah..

malam yang berkah ada pada setiap malam seperti yang dijanjikan Allah, hari dan bulan yang baik juga ada pada setiap hari dan masa.. terpulang pada kita mencorakkan kesempatan yang diberi dan menghisabinya..

sekalipun ramadhan datang dan akan berlabuh pergi; ditangisi namun yakinilah mencari kebaikan itu suatu kefardhuan yang mesti diteruskan; bersangka baiklah dan semoga hidup kita semakin bererti hendaknya.. ameen…

hpp fasting n keep smiling…

wassalam.

2 Comments

  1. wsalamualaikum wbt.

    memang lailatul qadar unik & abstrak.. hanya Allah sahaja yang mengetahui dengan tepat tentangnya.. kita diberikan panduan cara menemuinya, waktu dan suasananya dilakarkan kerana ia detik bertuah sesaorang insan terpilih!! tawarannya untuk semua insan tapi dalam jangkauan saya yang kerdil ini merasakan “keikhlasan & ketulusan hati& jiwa itulah tunggak sebenar yang menyampaikan amalan; solat& beribadahlah sebenar2nya kerana Allah untuk Allah hanya Allah…!!!”

    wallahu ‘alam…

    (sekadar pandangan saya je)

    didoakan kita bertemu LQ dalam keimanan selagi nadi berdenyut.. ameen, irhamna ya salam ya somad!!

    all d best!

    Like

  2. Salam Ramadan wal Aid Fitri,

    LailatulQadar, suatu kurnia yang saya sendiri tidak yakin pernah menemuinya. Walaupun sentiasa menanti-nanti, mencarai-cari setiap kali tibanya ramadan, belum pernah saya yakin telah menemuinya. Entah bagaimana keadaanya yang sebenar dan entah bagaimana nikmatnya yang sebenar, hanya mereka yang telah menemuinya sahaja yang tahu. Namun cerita dari mulut mereka tidak mungkin sama dengan keadaan sebenar semasa mengalaminya. Mudah-mudahan saya akan ketemu juga lailatul qadar sebelum berhentinya degupan jantung ini. Insya allah.

    Di kesempatan aidil fitri yang kian hampir, saya menyusun sepuluh jari mohon ampun dan maaf atas sebarang kesalahan yang pernah saya lakukan kepada semua rakan-rakan sekelian, semoga berakhirnya ramadan ini nanti, kita sama-sama beroleh keampunan dan bersih dari sebarang dosa. Amin.

    Like

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s