mencari nilai diri

Siapa Sebenarnya Kita?

(Nilai diri kita adalah pada kita yang menilainya….)


Sebelum memulakan seminar, Prof. Zahin mengeluarkan sehelai wang kertas bernilai RM100 dari dompetnya. Kemudian wang itu ditayangkan kepada 50 orang pesertanya.

“Siapa nak duit ni?” tanya Prof Zahin..Semua peserta mengangkat tangan.”Saya akan berikan duit ini kepada salah seorang daripada kamu, tapi izinkan saya membuat sesuatu dahulu “. Prof Zahin meramas-ramas duit itu hingga renyuk.

Kemudian dia menunjukkan duit yang sudah renyuk itu dan bertanya: “Ada sesiapa yang nak duit ini lagi?”Hampir semua pesertanya mengangkat tangan. Prof Zahin mengangguk dan mencebikkan bibir.

“Okey apa kata kalau saya buat macam ni?” Duit RM100 itu dicampakkan dan di tenyeh-tenyeh dengan kasutnya..Prof Zahin memungutnya semula lalu diletakkan di atas meja. Wang kertas itu bukan sahaja renyuk tetapi juga kotor.

“Sekarang siapa nak duit ni?” tanya Prof Zahin. Selesai dia bertanya, lebih separuh daripada jumlah pesertanya masih mengangkat tangan.

“Okay, apa yang boleh kita kutip daripada peristiwa itu tadi?” tanya Prof Zahin lagi. Pesertanya hanya diam, dan sesetengahnya hanya menggelengkan kepala. Mereka masih tidak dapat menangkap apa yang cuba diungkapkan oleh sang bertanya tadi.. ”

Sering kali di dalam hidup,setiap orang akan merasai kejatuhan, hati hancur, ataupun dihina. Hinggakan suatu ketika kita akan merasa diri kita tidak berguna langsung.

“Tetapi walau apapun yang telah terjadi, ataupun yang akan terjadi, anda tidak akan hilang harga diri. Bersih atau kotor, renyuk atau licin, anda tetap berharga terutama pada mereka yang disayangi.”

Harga diri kita bukan datang daripada apa yang kita lakukan atau siapa yang kita kenal tapi siapa sebenarya kita?

“Walau apapun yang saya lakukan pada duit ini, kamu tetap akan mahukannya. Betul tak? Kamu tahu kenapa? Kerana nilainya tidak berubah walaupun dipijak dan ditenyeh dengan kasut.””RM100 tetap RM100 walaupun 10 kali dipijak.” kata Prof Zahin. Semua peserta yang mendengar kata-katanya hanya tersenyum.

Prof Zahin mengaitkan peristiwa itu dengan kehidupan seharian. jelas Prof Zahin.

Semua peserta ternganga mendengar penerangan profesor itu dan mereka lantas mengiyakan kebenaran kata-kata profesor itu…

Moral:

Harga diri kita bukan datang daripada apa yang kita lakukan atau siapa yang kita kenal tapi siapa sebenarnya diri kita. Kita sendiri yang menilai diri kita… dan itulah nilainya..

macamana kita sekarang?? huhu..

smile…

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s