
assalaamualaikum wbt.
sekadar perkongsian, mengulangi pertemuan yang x mungkin serupa dengan memori kenakalan dahulu… menginjaki kedewasaan / kematangan?
bersama arus masa & peredaran usia yang pantas; bagaikan x terasa lebih 30 tahun p2sttj ditinggalkan … masihkah terasa kemesraannya? Ya, memang sukar melupainya, bagaikan “tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain…!!”

teman,
kira masih bertakhta persahabatan yang pernah kita mulai di p2sttj 79/80 di sudut hatimu lagi, kunjungilah ke sini dan sampaikan khabaran kisah dewasamu sekarang….kami amat mengalu2kannya…. ( sekalipun fizikal berubah@ pantai PD telah merombak pasirnya…)… huhu..
andai tidak keberatan, lampirkanlah sama foto2 lama/ terkini kalian berserta contact numbers, bolehkan?

blog ini biar tidak seindah rupa, cuba ditampilkan sebagai medan pertemuan kita di maya… persinggahan meski sekejap jua amatlah dihargai! maafkanlah jua kerana kepicikan ilmu IT dan personifikasi – membosankan kalian untuk bertahan di sini…
uhh2! ( sekadar memo oghe d’PoH jo!!)
hee…
smile….
wassalam..

