Home » event » puasa sunat 9 & 10 Muharram ( Hari Asyura)

puasa sunat 9 & 10 Muharram ( Hari Asyura)

Orang-orang Quraisy zaman Jahiliyah berpuasa pada hari Assyura dan Rasulullah juga berpuasa pada hari Asyura di zaman Jahiliyah. Setelah baginda sampai ke Madinah, maka baginda berpuasa pada hari tersebut dan menyuruh orang ramai berpuasa. Maka setelah puasa bulan Ramadhan diwajibkan baginda meninggalkan puasa Assyura,

Baginda saw. bersabda:

Barangsiapa yang mahu, berpuasalah dan barangsiapa yang mahu berbuka tinggalkan puasa”.

(Muttafaq ‘alaihi. Bukhari (2002) Muslim (1125)

“Seafdhal-afdhal puasa selepas puasa Ramadhan ialah puasa di bulan Allah yang diharamkan (Muharram). Seafdhal-afdhal solat selepas solat fardu ialah solat malam”.

(Hadis Riwayat Muslim (1163). Nasai’i dalam Al-Kubra (2/2905,2906). Ahmad (2/303,329,342,535). Ad-Darimi (2/21). Al-Baihaqi dalam Sunan Al-Kubra (4/291). Ibnu Abi Syaibah dalam Al-Musannaf (3/42). Abu Ya’la (6395). Ibnu Hibban dalam As-Sahih (2363). Dan Ibnu Khuzaimah (1134))


اَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سُئِلَ عَنْ صِيَامِ يَوْمِ عَاشُوْرَاءَ فَقَالَ : يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَّةَ

Bahawasanya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam ditanya tentang puasa Assyura, maka baginda bersabda: Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu”.

(Hadis Riwayat at-Tirmizi)

 

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam menyuarakan agar berpuasa pada hari ke-9 dan ke-10 dalam bulan Muharram.

 

Baginda saw.bersabda:

لَمَّا صَامَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ وَاَمَرَ بَصِيَامِهِ قَالُوْا : يَارَسُوْلَ اللهِ اَنَّهُ يَوْمَ تُعَظِّمُهُ الْيَهَوْدُ وَالنَّصَارَى ؟ قَالَ : فَاَذَا كَانَ عَامُ الْمُقْبِلِ صُمْنَا الْيَوْمَ التَّاسِعَ . قَالَ : فَلَمْ يَاْتِ الْعَامُ الْمُقْبِلُ حَتَّى تُوُفِّيَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

“Semasa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam berpuasa pada hari Assyura dan menyuruh orang ramai berpuasa, maka para sahabat bertanya:

Ya Rasulullah! Assyura adalah hari yang diagung-agungkan oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani.

Maka baginda bersabda: Jika datang tahun hadapan kita akan berpuasa pada hari Tasu’a (hari ke-9 di bulan Muharam).

(Berkata Ibn Abbas:) Maka belum tiba tahun hadapan, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah wafat”

 

(Hadis Riwayat Muslim dan Abu Daud)

 

jom..

kebiasaan orang yang sihat akal & jiwa tidak akan mempersiakan peluang berpuasa sunat di hari Asyura ( 9 & 10 Muharram )…

adakah sesiapa terpilih?

pernahkah anda terpilih?

bonus keampunan & rahmat Allah yang tidak terhitung…

bersyukurlah, kira anda dipilihnya!!

berusahalah, peluang ini masih terbuka lagi,,,

SOK? LUSA? 2LAT?

hee..

posa tau!! nsyaAllah..

 

Diriwayatkan hadith daripada Hakam bin ‘A’raj (r.a) berkata: ‘Sampai aku kepada Ibni Abbas (r.a), dan dia menyelindangkan selindangnya di dalam (yakni, ketika berada di telaga) zamzam. Maka berkata aku: ‘Khabarkanlah kepadaku daripada hari ‘Asyura. Apakah dia puasa aku akan dia?’ Berkata Ibni Abbas (r.a): ‘Ketika engkau nampak satu haribulan Muharram maka hitunglah, kemudian jadilah kamu daripada yang kesembilan (harinya) puasalah.’ Berkata Hakam: ‘Berkata aku: ‘Adakah begini adanya berpuasa Muhammad (s.a.w)?’ Berkata (Ibni Abbas): ‘Ya.’ [Hadith at-Termidzi]

Diriwayatkan hadith dari Qasim b Abbas hadith Abdullah b Umairin berkata hadith dari Abdullah b Abbas (r.a) berkata:

‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Seandainya aku (i.e. Nabi (s.a.w)) masih hidup tahun yg akan datang, aku akan berpuasa pada tanggal 9 Asyura (i.e. 9 haribulan Muharram).’

[Hadith riwayat Muslim]

Diriwayatkan hadith daripada Ibni Abbas (r.a) berkata: ‘Telah diperintahkan oleh Rasulallah (s.a.w) dengan puasa ‘Asyura pada hari yang kesepuluh (Muharram).’

[Hadith hasan sahih at-Termidzi]

About these ads

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: