Arkib Bulanan: September 2011

salam pagi jumaat

This gallery contains 1 photos.

…..selamat menjalani Penghulu Hari yang diberkati…..   Jumaat yang penuh rahmat.. semoga dalam peliharaan Allah selalu ………..ameeen………….   JOM KLIK UNTUK INFO LANJUT TENTANG HARI JUMAAT   http://p2sttj.wordpress.com/?s=jumaat+-+kelebihan OK? TAHNIAH buat kalian yang TERPILIH, mula menjejaki HARAMs sebagai TETAMU ALLAH…. … Continue reading

SAFETY FIRST, OK!

This gallery contains 1 photos.

JALAN RAYA  seperti DAPUR  bagaikan sebuah MEDAN PEPERANGAN!!  Banyak jiwa BOLEH terkorban TANPA SEDAR – walau medan-medan tersebut adalah pusat utama yang mesti dihadapi demi kelansungan hidup! siapa sangka, dapur yang merupakan unit kecil dalam sebuah rumah MAMPU jadi BOM … Continue reading

~ yakin diri ~

This gallery contains 1 photos.

mengenangi~

lirik lagu Jasa Bonda _Warisan yang amat menyentuh…

 

 

 

Jasa Bonda

Artist: Warisan
Song Category: Nasyid
Di saat kau lena dia berjaga
Kau bersenang dia bekerja
Untuk mu tiada terbatas
Memberi tidak minta dibalas
Ingin dibinanya untuk mu
Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwa
Punyai maruah
Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang
Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia
Di saat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa
Jasa bonda
masyaAllah…
indahnya bait2 ini…tersendu diri…
teramat dhaif rasanya ~ tidak mampu membalas segala jasa pengorbanan kalian..
ALLAHlah SESEBAIK PEMBALAS KEBAIKAN, DAN ALLAH MAHA LUAS KURNIAANNYA…
SEMOGA DIBALASNYA KEBAIKAN AYAHBONDA DENGAN BALASAN YANG TERLEBIH BAIK LAGI & DISUCIKAN AMALAN… DIAMPUNI DOSA, DILINDUNGI DRP. AZAB KUBUR / NERAKA…BERBAHAGIA LAGI DIREDHAINYA…
AMEEN….

o bonda!

berlalu sudah 2 minggu kepulanganmu mengadap Sang Pencipta Yang Maha Belas & Penyayang….semoga alam baru mengalukanmu dengan santun dan ramah….agar dilapangkanNya kuburmu dan dipelihara daripada azab kubur & neraka… naudzubillahi mindzalik…

beruntungnya bonda kerana terpilih kembali di hari Jumaat berbahagia seperti hari ini…Alhamdulillah… biarlah mimpi & kenangan indah  bersamamu menemani kesepianku…kerinduan pada ketiadaanmu di sisi..akan kusemadikan di lubuk hati yang paling dalam buatmu, bonda… guruku yang amat tercinta! ameen..

aku akan selalu mengenangi bonda – GURU UTAMA & PERTAMA yang mengenalkanku kepada dunia ini.. dunia yang penuh pancaroba, penuh tipudaya! nsyaAllah…

IBU,

dikaulah RATU HATI yang sangat prihatin tentang bahagia kami, anak2mu… kau curahkan segala daya yang kau miliki untuk memenuhi janjimu sebagai BONDA!

apakah yang terlebih layak bagiku untuk mengungkapkan setinggi penghargaan buatmu, ibu yang telah mengorbankan segala jiwaraga & penatlelah membesarkan kami SELAIN kalimah ALHAMDULILLAHI RABBAL ‘ALAMIIN..??

TERIMAKASIH ALLAH!!!

kukenal awal erti hidup berkat didikan ayahbonda _ yang mengenalkan erti perjuangan, kesederhanaan, kebersihan, kehambaan…dengan izin Allah…

MAK,

dikaulah orangnya yang amat memprihatinkan hal KEBERSIHAN… bukan hanya kebersihan zahir tapi juga kebersihan batin… kau ajarku nilai2 kebersihan dan kau tunjukiku sikap konsistenmu yang pembersih! aku amat mengagumimu mak meski tidak pernah kusebut ini di hayatmu dulu… uhh2..

betapa aku terharu atas kebaikanmu mak.. mak yang selalu ingin memberi walaupun kekadang tidak memiliki… terkadang juga, mak sanggup menebalkan muka meminjam tetapi bukan untuk kegunaan mak sendiri! bengang semua memikirkan ini; orang luar akan menyangka mak dipersia kerana semacam tiada walhal telah disediakan keperluannya… innalillahi…. sikap pemurah mak ini kekadang menaikkan marah kakak2 yang lain kerana persepsi asing yang kurang selesa! aku diam membisu seribu bahasa kerana aku pasti, mak tahu apa yang terbaik untuk dilakukannya meski dicurigai…  kini mak telah tiada…dan aku belajar menerima hakikat!

mak telah mengajarku untuk prihatin menjadi insan yang menghulur dengan contoh2 kepemurahan sanak-saudara… dengan simbolik & berhalus diselitkan nasihat agar selalulah ringan tulang, baikhati, pemurah, berhati mulia! o ibu, mulia sungguh hatimu..!!

sebagai anak perempuan bongsu yang selalu bersama ibu di zaman persekolahan dulu, aku beruntung kerana dikurniakan seorang ibu yang pandai & cekap meski tidak pernah menjejakkan kaki  ke sekolah! Mak cekap menghitung (mengira) sehingga dulu dipilih sebagai ketua yang memegang duit kutu! hoho.. bukan yang di kepala tu, k! hee..

jika diberi tugas, mak akan melaksanakannya dengan cermat, kemas dan cekap _ sering menjadi rujukan di majlis2 saudara-mara! mak yang penjimat dan pandai memasak! pelbagai lauk-pauk, kuih-muih tradisional pandai dibuatnya – serimuka, kasui, tepung pulit, koci, dodol, bingka pulut & ubi, lepat, abuk2 adalah antara kuih2 lama yang sangat digemari kami hasil air tangan bonda! Tapi, ibu juga expert buat kek marble dan kek kukus! serunding daging, sambal bilis, rendang, candy kelapa adalah signatures mak yang sangat sedap!!! Kami pastinya merindui semua ini bila terkenangkannya…

aku rasakan (perasan…hee..) akulah anak yang paling paham emak meskipun jarang bertemu selepas beranak 6!! huhu.. aku paham masalah mak, renungan dan jelingan mak! gelak dan gurau mak, senyum & tangisnya, kepedihan, harapan & kerinduan mu, bonda!! ( walau tidak kau ucapnya!)

suami dan bondalah yang mengapit Rasulullah saw.(semoga benar mimpiku dan bukan mengada2kannya _ naudzubillahi mindzalik) mengadapku yang terbaring sakit (di awal2 perkahwinanku dulu..) ~ hadiah bulan madu! Alhamdulillah…

 

 

 

 

 

Allah panjangkan umur ibu yang kelihatan nazak di malam idulfitri tahun ini; lewat tengah malam penuh debar tapi pasrah _ baru aku sekeluarga sampai ke hospital! semua ahli famili yang lain telah berkumpul kecuali kami! suspens semua – apakah kami akan mengenangi idulfitri2 yang lain nanti dengan tragedi ini? Alhamdulillah, aku berjaga di sisi bonda seterdayanya penuh debar! menjelang subuh, bersama suara yang hampir tidak difahami, ibu terasa hendak minum airkopi, teh, nasi… kerana telah seminggu tidak boleh makan…longlai dan tidak bermaya…  pedih hatiku menyaksi ini…

………..2b continued….. nsyaAllah..

ingatkanlah kami…. TUJUH sunnah penting!(c,e&p)

This gallery contains 1 photos.

  Antara 7 (tujuh)  SUNNAH HARIAN Nabi saw yang amat digalakkan supaya kita beramal adalah: Pertama: Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah. Kedua: Membaca Al-Qur’an sebelum terbit … Continue reading

salam harijadi buat ~ NEEM ~

This gallery contains 1 photos.

Neem, kita kongsi tarikh sama TODAY untuk 2 occasions berbeza ~ mari sesama mendoakan: agar Allah memberkati & meridhainya…. ameen….. irhamna ya Rabb…   HAPPY BIRTHDAY, dear friend..!!     smile~      

9.9.2011 = 11 Syawal, 1432H @ Jumaat @ 11 a.m.

tarikh & detik di atas, kini akan menjadi nostalgia selama ingatan masih utuh… bagiku, tarikh ini comel’ dari segi angka & terbaik dari sudut waktu ~ meski detik itu amat mendukacitakan jiwa raga….kehilangan insan istimewa dewi syurga’ yang paling banyak berjasa – mengenalkanku kepada erti kehidupan!!

Ilahi,

aku ingin meraung kerana tidak sempat di sisi bonda di saat2 akhirnya.. Engkaupun maklumi, kekangan demi kekangan yang sebetulnya boleh diadaptasikan andai diri seorang perasa’ dan bertimbangrasa… namun, tiada dayaku yang tersangat kerdil ini menahan hukum karma!

hanya rintihan dalam kalbu – cuma Engkau yang tahu.. dapat kurasakan kesakitan, keperitan, kedukaan, kepayahan, kerinduan, pengharapan & pengertianmu, ibu…. tidak termampu kubayar sekelumitpun segala penat-jerihmu melahir, membesarkan kami dengan sepenuh kasih-sayang…

Ya Tuhan, dhaifnya aku..

emak,

tiada kata secantik bahasa untuk menyampaikan setinggi penghargaan & terimakasih padamu, bonda di atas jasa2mu yang tidak minta dibalas… melainkan Alhamdulillah…….SubhanAllah, Allahuakbar.. kupanjatkan syukur padaMu jua Allah yang mengurniakan segala nikmat tidak terhitung ini..

Deringan hp setelah selesai solat dhuha & hajat (insyaAllah) di surau, menggoyahkan diri.. ada 2 panggilan yang tidak sempat berjawab dari suami. lalu ku telefon semula dan disuruh membatalkan tiket bas balik ke kampung kerana kami sefamili akan balik ke kampung bersama.. ibuku meninggal! tiket bas burnt begitu saja kerana jangkaannya terlebih cepat naik kenderaan sendiri.. insyaAllah..

suami terpaksa menundakan 4jam kelasnya sesudah jumaat ke hari lain dengan berita kecemasan tadi.. hampir jam 12 tengahari baru dia sampai di stesen bas ekspress shah alam!

cepat2 aku masuk ke dalam kereta supaya kami boleh bertolak ke kampung secepatnya selepas mengambil anak2 di rumah. hanya bout 2jam sahaja perjalanan tu sekiranya lancar.. tapi, masyaAllah.. meragamlak tetiba kereta kami di tengah2 simpang mengadap TM.. innalillahi… x boleh gerak langsung, so minta pertolongan pelalulintas – menolak kereta ke dalam stesen bas semula.. mkasih sume!

dengan ihsan sahabat baik suami, kami dihantar pulang ke rumah menaiki keretanya dan meninggalkan kereta osak kami di situ untuk ditarik’ ke bengkel esok.. nsyaAllah.. terimakasih sahabat, di atas susahpayahmu tanpa soal!

kami bersepakat bertolak selepas solat jumaat kerana jangkaan acara pengkebumian mak dilakukan selepas solat asar… insyaAllah sempat! Alhamdulillah, kami sampai di kawasan tersebut on time’ tapi malangnya kerana kekeliruan tempat baru itu @ memang telah ditakdirkan – kami tidak sempat mengucup bonda untuk kali terakhir kerana baru sahaja dimasukkan ke liang lahat! innalillahi…(tidak sanggup aku melayan nafsu untuk menyakiti mayat ibuku jika disuruh angkat ke atas semula semata2 untuk menciumnya… naudzubillah…) biarlah, aku redha.. kerana bonda TERPILIH pergi di Jumaat MULIA … yang tentunya amat bererti buat bonda & kami… insyaAllah… ALhamdulillah..

 

 

 

maafkan,

catatan ini sekadar sedikit bicaraku yang terungkap ~

there’s much more left unsaid…

( if u really care, u’ll write….)

al fatihah buat bonda…

 

hehe… xngat sepenuhnya… tapi kita ada buat persembahan ‘taridra’ asenye bertajuk ‘ perwiraku ‘ sempena hari guru’80 tuu… sajak + latarbelakangkan msj tsbt… agaknye lah.. ada juga debat, tilawah (pertandingan) … meriah gak lah mase tuh… hee.. smile..

eid mubarak ~ maafkan zahir batin, ye!

This gallery contains 3 photos.

  “Setiap amal manusia adalah untuk dirinya kecuali puasa, ia adalah untuk-Ku dan Aku memberi ganjaran dengan (amalan puasa itu).”       “Demi Allah yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, nafas orang yang berpuasa adalah lebih harum di sisi … Continue reading

Dilindungi: members Only : contact numbers

Kiriman ini dilindungi dengan kata laluan. Untuk melihatnya, sila masukkan kata laluan anda di bawah:

o koc wanita lagi!

This gallery contains 5 photos.

  hehe.. semalam naik komuter, hari ni pun naik komuter lagi.. semalam dapat duduk selesa, hari ni berdiri memanjang sebab train padat macam sardin… kul 5+ before 6pm asenye tadi…from kL central to shah alam…( hala pergi ke kLc tengahari … Continue reading

maaf zahir batin @ segala ketelanjuran~

This gallery contains 3 photos.

HPP EID MUBARAK, 1432H~     di lebaran mulia kususun jari semua memohon dimaafkan atas segala dosa yang telah mengguris rasa membekas di jiwa…   SUDI ye, MEMAAFKAN HAMBA SEADANYA….  huhu… agar BERBAHAGIA & DIBERKATI SELALUUUUUUUUUU!!!!!!   SMILE~