Arkib Bulanan: Februari 2011

MUTIARA HIKMAH 1. Daripada Abi Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda : Siapakah yang akan mengambil daripadaku beberapa perkataan lalu beramal dengannya atau memberitahu siapa yang akan mengamalkannya? Jawabku : Saya, wahai Rasulullah. Lalu Rasulullah SAW memegang tanganku dan mengira lima. … Continue reading

BEST OFFER TODAY:BELI BUKU PTS!

http://pts.com.my/index.php/aktiviti/sabtupts-bookcafe1/

 

Sabtu@PTS Bookcafe: Pameran & Jualan Buku PTS

Tarikh: 26 Feb • 10.00 pagi – 6.00 petang
Tempat: PTS Bookcafe, Batu Caves, Selangor

Jualan buku PTS sempena program Sabtu@PTS Bookcafe datang lagi. Kali ini pelbagai tawaran buku pada harga diskaun menarik menanti para peminat buku PTS. Butiran Sabtu@PTS Bookcafe sebagaimana berikut:

Tarikh : 26 Februari 2011 (Sabtu)
Masa : 10 Pagi – 6 Petang
Tempat : Ruang Pameran Buku PTS (No 12, Jalan DBP, Dolomite Business Park, 68100 Batu Caves, Selangor, MALAYSIA)
TAWARAN MENARIK

A. Diskaun 35% bagi buku terpilih seperti berikut;

1.      Buat Duit Dengan Katering (Buku Baru)

2.      No Excuses (Buku Baru)

3.      11 Teori & Prinsip Motivasi Di Tempat Kerja (Buku Baru)

4.      Cina Penakluk Bisnes Lautan Pasifik

5.      Bagaimana Saya Boleh Menjadi Jutawan

6.      7 Formula Individu Cemerlang

7.      Makan Gaji Tetapi Kaya

8.      Hidup Tenang Walaupun Berhutang

9.      Menjadi Pemimpin Super
B. Diskaun 25% Bagi Promosi Buku Cinta & Sayang

1.      Bahagianya Menjadi Pengantin Sepanjang Masa

2.      Fahamilah Perasaanku : 30 Luahan Suami

3.      Langkah Bestari Isteri Mithali

4.      Langkah Bestari Suami Mithali

5.      Abang, Apa Salahku? Disaat Cinta Suami Berpaling

6.      Bibir Merayu Hati Bernafsu

7.      Men Are From Mars, Women Are From Venus

8.      Act Like A Lady, Think Like A Man

9.      77 Tip Melembutkan Hati Lelaki

10.  Bagaikan Khadijah Di Hati Rasulullah

11.  Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasullah

12.  Magnet Cinta

13.  Memahami Bahasa Cinta Lelaki

14.  Petua Membentuk Cinta Abadi

15.  Petua Mendapat Pasangan

16.  Psikologi Cinta

17.  Travelog Cinta Abadi
C. Diskaun 25% Bagi Semua Buku Dalam Promosi Salam Maulidur Rasul



1.      Syamail Muhammadiah

2.      Uswatun Hasanah: Meneladani Rasul, Meraih Cinta Allah

3.      Muhammad bin Abdullah – Peribadi Seorang Pa..

4.      Menjadi Usahawan Sehebat Muhammad bin Abdullah

5.      Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit

6.      Ku Damba Cintamu Ya Rasulullah

7.      Khutbah Rasulullah: Pesanan Kekasih buat Umat yang Tercinta

8.      Rahsia Cinta Segi Tiga Muhammad

9.      Perang Badar

10.  Perang Uhud

11.  Ikramah-Penentang Jadi Pembela

12.  Puteri Penawar Hati

13.  Sejarah Khalifah Rasulullah

14.  Siapa Khadijah binti Khuwailid

15.  Umar Al-Khattab – Reformis Dunia Islam

16.  Uthman Affan: Pengumpul Al-Quran

17.  Pengintip Kota Syam

18.  Khalid-Memburu Syahid

19.  Khalifah-khalifah yang Benar

20.  Khadijah: Cinta Abadi Kekasih Nabi

21.  Jadi Seperti Muhammad

22.  Hijrah

23.  Doa Ajaran Rasul

24.  Doa Ajaran Sahabat

25.  Didik Anak Gaya Rasulullah

26.  Bukti-bukti Sains dan Sejarah Kerasulan Muhammad

27.  Biografi Muhammad Bin Abdullah (Edisi 2011)

28.  Bilal bin Rabah

29.  Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

30.  Berbicara Cara Nabi

31.  Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah

32.  Aminah- Bunga Kaum Quraisy

33.  Aminah : Cinta Puteri Quraisy

34.  Aisyah: Keanggunan Sejati – Soft Cover

35.  Ali bin Abi Talib

36.  365 Tip Sihat Gaya Rasulullah

37.  Abu Bakar : Sahabat Sejati

38.  10 Sahabat Yang Dijanjikan Syurga

39.  31 Kisah Sahabat: Kamus Tuhan
D. Diskaun 20% Bagi Semua Buku

Untuk mengetahui lokasi kami, mohon klik : http://pts.com.my/index.php/contact/

Aktiviti lain yang berkaitan

PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. © 2005 – 2010
(510952-X)
No. 12, Jalan DBP, Dolomite Business Park,
68100 Batu Caves,
Selangor, MALAYSIA

suatu persoalan tentang persahabatan!

This gallery contains 1 photos.

apa pilihan kita dalam bersahabat?   samakah seperti keperluan kita sewaktu memilih pasangan hidup..? terserah kita menyaringinya…. (sekadar rujukan bersama untuk meniliki hati & budi bersahabat…) agar diberkatiNya jua… ….ameeen….     MOTTO: “Sudah pastilah kecintaan-KU itu untuk orang-orang yang … Continue reading

o koc wanita?

ladies only, tau!

Koc Wanita Pertama Di Malaysia Bermula Pada 28hb April 2010

27 April 2010 – Bertindak atas keperluan semasa, KTM Komuter mengambil inisiatif memperkenalkan koc wanita yang pertama di Negara ini yang memulakan operasi untuk laluan Sentul – Pelabuhan Klang, sepanjang hari bermula hari ini. Pelaksanaan Koc Wanita ini berpandukan statistik yang menunjukkan 60% pengguna perkhidmatan KTM Komuter adalah terdiri daripada kaum wanita. Menggunakan tema ‘Wanita Sahaja Sepanjang Masa, Ladies Only At All Times’ koc wanita ini berada di gerabak yang tengah dan dibezakan dengan pelekat khas koc wanita yang berwarna merah jambu (pink). Para pelanggan akan dapat mengenali koc ini melalui pelekat khas yang dipamerkan di tingkap, pintu dan di dalam koc. Manakala di stesen, penumpang boleh mengenal pasti lokasi pemberhentian Koc Wanita ini melalui kain rentang yang dipamerkan di platform dan tiang yang diwarnakan dengan warna merah jambu.

Secara ringkasnya kedudukan Koc Wanita bagi setiap tren Komuter yang mempunyai tiga (3) koc (gerabak) adalah seperti berikut:

- Koc Hadapan – Koc Biasa (lelaki dan wanita)

- Koc Tengah – Koc Wanita (wanita sahaja)

- Koc Belakang – Koc Biasa (lelaki dan wanita)

Pengenalan Koc Wanita ini adalah bertujuan untuk memberi lebih keselesaan dan jaminan keselamatan kepada penumpang wanita daripada risiko gangguan seksual dan bersesak-sesak dengan penumpang lelaki. Walau bagaimanapun, kanak-kanak lelaki berumur kurang daripada 12 tahun yang membuat perjalanan bersama pengiring/saudara wanita mereka dibenarkan menaiki koc ini.

Pengguna wanita tidak diwajibkan menggunakan Koc Wanita sahaja ketika menggunakan perkhidmatan KTM Komuter. Mereka boleh memilih samaada untuk menggunakan Koc Wanita atau koc biasa. Sementelah kemudahan disediakan, KTM Berhad menggalakkan pengguna wanita untuk mencuba kemudahan Koc Wanita ini.

Pihak KTM Komuter memohon kerjasama orang ramai agar menghebahkan/mengwar-warkan kewujudan Koc Wanita ini kepada para pengguna yang lain dan berharap agar semua pihak dapat memberi kerjasama yang sepenuhnya bagi memastikan pengenalan koc ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya.

KTM Komuter mengalu-alukan sebarang cadangan dan pandangan mengenai Koc Wanita ini. Cadangan dan pandangan boleh dihantar ke komuter4u@ktmb.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan KTM Berhad di 1300-88-5862 begin_of_the_skype_highlighting              1300-88-5862      end_of_the_skype_highlighting.

Soalan-soalan lazim mengenai Koc Wanita

Dikeluarkan oleh Unit Komunikasi Korporat, Keretapi Tanah Melayu Berhad


Tarikh: 27 April 2010

where it all begins…

take care n stay in touch!

smile dear friends!

BERSUJUD HANYA PADAMU…(C&P)

Hikmah bersujud


Sujud melegakan sistem pernafasan


Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.

Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya.

Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.

Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

 

Bernafas ketika sujud pula boleh:


- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.

– membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

– melegakan sakit hernia. (burut)

– mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

– melegakan paru-paru daripada ketegangan.

– mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.

– kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan
lingkungan bahagian belakang tubuh.

– meringankan bahagian pelvis.

– memberi dorongan supaya mudah tidur.

– menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan
sujud dan bangun daripada sujud.

– pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara
automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.

– bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.

– mengurangkan kegemukan.

– pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions) .

– organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

– mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekaligus menguatkan mentaliti seseorang.

Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.


wallahu’alam..

7 kalimat berlian

hendaklah lidah selalu mengungkapkan kalimah syurga & hati berusaha bersungguh membenarkannya!

Sabda Rasulullah s.a.w.


Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut.



1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap Astaghfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.


4.. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap La haula wala quwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap innaa lillahi wa innaa ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima  musibah.

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya

dari Tafsir Hanafi,


mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa!!

iNsyaAllah..


sesebaik amalan adalah yang sedikit tetapi berterusan!

WASIAT SEPANJANG JALAN…12 Rabi’ulawwal

mari perbanyakkan solawat terutamanya pada hari Jumaat!

  

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak diatas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah lemah dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

 

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah `ibadah Haji’ sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam takwa dan beramal soleh.

 

Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.

menuju kematangan..

 

Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

 

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku.

Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu…..

 

 

 

 

 

AMANAT RASULULLAH saw. SEMASA HAJI WIDA’

 

bila kau rindu

happy barokah friday!


bila kau rindu,

hamparkan rindumu pada Tuhan

yang menjaga alam, yang mentadbir malam


bila kau rindu

sebut namaNya dalam-dalam…

sampai sendumu bersahutan, sukma bergetar


jika kau rindu,

jagai ‘ihsan’ bersamaNya – diri terpelihara

nescaya tidak Dia persia…


jika kau rindu,

sebutkan padaNya tanpa ragu & malu

sentiasa pintuNya menunggu…

(saat kekembalianmu…)


may u find happiness along ur way....

…kembalilah…

life @ its challenge!

 

peace be upon him (s.a.w.)

 

“The strongest oak of the forest is
not the one that is protected from the
storm and hidden from the sun. It’s
the one that stands in the open where
it is compelled to struggle for its
existence against the winds and rains
and the scorching sun.”



life is fragile, handle it with prayer...

“Self acceptance comes

from meeting
life’s challenges vigorously.

Don’t numb yourself to your trials and difficulties,

nor build mental walls
to exclude pain from your life.

You will find peace not by trying to escape your problems,

but by confronting them courageously.

Youll find peace not in denial, but in victory!!”


cantiknya… subhanallah..

The Beauty of Mathematics ! 1 x 8 + 1 = 9 12 x 8 + 2 = 98 123 x 8 + 3 = 987 1234 x 8 + 4 = 9876 12345 x 8 + 5 = 98765 … Continue reading

do not count d years, count d memories…

moments in life

 

watch this! (below)


moments in life

 

~smile~

 

don't 4get...

 

Dilindungi: maafkan…

Kiriman ini dilindungi dengan kata laluan. Untuk melihatnya, sila masukkan kata laluan anda di bawah:

25 PESANAN PENTING: LUKMANUL HAKIM

25 PESANAN LUKMANUL HAKIM (C&P)

01.

02 – orang – orang yg sentiasa menyediakan dirinya utk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yg insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari ALLAH juga.


03 – Hai anakku; orang yg merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kpd ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.


 

04 – Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

 

05 – Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

 

06 – Dan selalulah berharap kpd ALLAH tentang sesuatu yg menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kpd ALLAH dengan sebenar-benar takut ( taQwa ), tentulah engkau akan terlepas drp. sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

 

07 – Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yg telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yg tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dr tempatnya semula itu lebih mudah drpd memberi pengertian kpd orang yg tidak mahu mengerti.


08 – Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yg amat berat, tetapi akan lebih lagi drpd semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yg jahat.


09 – Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yg bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.


10 – Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yg berbahaya.


11 – Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah utk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.


12 – janganlah engkau makan sampai kenyang yg berlebihan, kerana sesungguhnya makan yg terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kpd anjing sahaja.


13 – Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.


14 – Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yg takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.


15 – Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yg mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.


16 – Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.


?????

 

17 – selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yg pernah memberikan barang yg berharga.

 

18 – Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanyasebagai orang yg tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yg mengharapkan sesuatu darimu.

 

19 – Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yg tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ yg akan mendatangkan cela pd dirimu.

 

20 – Hai anakku; janganlah engkau condong kpd urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

 

21 – Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yg busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

 

22 – Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yg menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yg pasti, janganlah engkau bertanya sesuatun yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.

 

23 – Barang sesiapa yg penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yg pendiam akan selamat daripada berkata yg mengandungi racun, dan sesiapa yg tidak dapat menahan lidahnya dr berkata kotor tentu akan menyesal.


 

24 – Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yg alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yg subur lalu disirami air hujan.


25 – Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yg selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.


SOURCE:

http://nur-addin.blogspot.com/2006/09/25-pesanan-luqmanul-hakim.html

alhamdulillah…..

alhamdulillah…

telah selamat sampai ke rumah sejak sejam yang lepas dari n9.. hoho… agak lama kiranya perjalanan ini sejak keluar rumah kul 12tgh tadi.. bas trans shah alam ke seremban yang sepatutnya bergerak kul 1.30tgh lewat muncul sedikit, syukurlah bas tidak padat dan boleh duduk bebas… hee..

setiba di terminal 2 seremban; jalan agak sesak – terpaksa menukar bas pulak  ke terminal 1 (lama) kerana kebanyakan bas tempatan bertempat di sana.. masih slow nampaknya perkhidmatan bas pengantara.. hampir kul 4ptg. baru bas city liner ke kay pea bertolak n kami sampai di stesen bas kP sewaktu azan asar di masjid berhampiran berkumandang… alhamdulillah.. sampai gak selepas melalui jalan berkelok2 cam ulaQ kene palu… uhhh2..

xbanyak kedai dibuka di stesen kP dan bas sekali-sekala je nampak.. kami mengambil taxi je ke uitm n9 sebab itu sahaja pengangkutan yang ada.. huhu.. bimbang jugak nak melepaskan kngah menaiki taxi ssorang, so nekad hantar dia from a to z… lepas ntar kngah, saje bborak kit dengan pokcik /atuk driver yang driving bout 35km/j untuk cover ‘seram’ ke kayPea semulo.. iyolah.. kawasan kampus tu bout 10km from KP.. agak pendalaman & less traffic… hehe.. ( actually at first setakad nak ntar kat s17 je!!)

alhamdulillah, 2minutes to 6pm sampailah kat stesen KP tp depa btau kene tunggu kat jalan besar bout 200m lak kerana bas ke soghomban xmasuk situ lewat potang ni.. aduhai… turun 200g kot berat den ddera laguuu niii… haha..

serba-salah semasa hampir sampai area ktm s’ban samada nak turun situ au balik naik trans bus terus ke shah alam .. memandangkan agak pasti bas ke shah alam boleh sempat dinaiki, maka den turunlah di T1..

if xsilap bas terakhir 7.30mlm, tp kaunter @terminal kata ‘xde’.. sedihnya.. dalam hati doa je moga train ke shahlam lom bertolak g.   terpaksa berjalan kut terowong depan T1 hingga ke KTM s’ban selepas tiket bas trans ke shah alam dah habih?. ..  n alhamdulillah.train masih di situ g, so sempatlah naik n dapat seat! train agak sesak gak ngan penumpang n syukurlah duduk bersebelahan ngan mek indon! mata xtau nak wat camno, bukak sakit mata…tutup..gelap mata’ lak…!! keh3..

macam2 ragam manusia boleh nampak dalam suasana tersebut, tapi paling xsanggup itulah…masalah aurat’ yang kritikal.. naudzubillah…

asenye macam serik nak guna public transportation bila pikiak  bab ni, tapi inilah realitinya..

gimanapun,

Alhamdulillah..

mission completed!!

(10.30mlm selamat sampai umah!)

huhu..

smile..